[VIDEO] ‘Papa Baca Laju, Adam Tak Sempat Nak Catch Up..’- Video Adik Adam Imamkan Bapanya Tarik Perhatian Netizen

Video mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Adam tular di media sosial kerana ingin menjadi imam ketika solat. Kanak-kanak yang baru setahun jagung itu tidak ragu-ragu untuk mengimamkan bapanya dan dia melakukan hal tersebut dengan kerelaan hatinya sendiri.

Ekoran daripada penularan video tersebut, Adik adam mendapat banyak pujian daripada netizen malah netizen turut memuji tindakan kedua ibu bapa Adam yang memberikan didikan yang sempura kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video, ibu Adam turut meyatakan inisiatif yang dilakukan olehnya untuk mendidik Adam sekali gus membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up 😂

Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu. Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam.

Adam, Mama doakan Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman..

VIDEO :

Komen Netizen :

sejuk perut ibu mengandungkan Adam…semoga Adam terus sihat dan maju dalam mengejar cita2 jadi imam solat…

tahniah parent Adam.. ajat sket tips didik anak sampai mcm ni.. benda baik kita kongsi sket…hehehe

Alhamdulillah didikan dari awal… Tahniah utk ibu dan ayahnya..  Adam anak yang cerdik

macm dia je baca lagi laju. HAHAHAHA. Thniah and gudluck dik

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : FB Nurzuhaili Shamsudin via Viral Media Johor