[VIDEO] Pengalaman 21 Tahun Berkerjasama Dengan Dato’ Siti Nurhaliza, Ini Luahan Hati Nurul Shukor

0
86

Sebagai seorang jurusolek cukup terkenal  Nurul Shukor, profilnya diisi dengan merias wajah-wajah artis tempatan dan kerabat diraja. Memulakan kerjaya lebih 15 tahun lalu dengan Haiza, artis pertama yang menerima sentuhan tangannya, pemilik Nurul Shukor Touch ini sinonim sebagai jurusolek kegemaran dan peribadi Datin Seri Siti Nurhaliza sejak lima tahun lalu. Terdahulu, Nurul pernah bekerja sebagai pembantu di warung mi soto dan petugas di restoran KFC.

Sedikit berkenaan Nurul Syukor

Sewaktu bekerja di sebuah hotel di Singapura saya bekerja sebagai seorang jurusolek secara tidak langsung. Semuanya terjadi selepas teman saya memberi kepercayaan untuk saya menyolek dia pada hari perkahwinannya, sedangkan saya tidak pernah menyolek orang.

Kalau dikenang semula memang lucu sebab alat solek pun saya pakai dia punya dan ada yang diberi teman (senyum). Kemudian saya balik ke Malaysia, bekerja di salon Emma G4O, buat rambut dan saya terus asah bakat sebagai jurusolek pada masa sama.

Alhamdulillah, rezeki, saya bekerja untuk iklan komersial sebelum Raja Malik membawa saya ke Metrojaya untuk menyolek. Dari mulut ke mulut, pintu saya terbuka apabila diambil Pony Canyon sebagai jurusolek rasmi mereka. Di situlah saya membina nama.

Video terbaru memaparkan kisah perjalanan karier Nurul Shukor dimana dengan jujur memberitatahu pengalaman bekerja dengan Dato Siti Nurhaliza.

VIDEO :

PART 1

PART 2 

Sumber : IG ctdk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo