[VIDEO] Prank Menggunakan Aplikasi Alat Pencukur Rambut Palsu..

Biasanya, untruk melakukan ‘Prank’ kepada kepada seseorang, mereka memerlukan perancangan yang teliti serta peralatan yang baik supaya ‘prank’ tersebut berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah.

Namun, pada hari ini kita sudah tidak memerlukan perancangan yang teliti untuk mengenakan seseorang. Semakin hari, semakin banyak kemudahan yang dibuat pada masa ini. Kemunculan aplikasi-aplikasi baru yang memerlukan pengguna hanya menggunakan telefon pintar untuk melakukan sesuatu perkara termasuklah membeli belah. Dengan menggunakan aplikasi ‘Shopee’, pengguna dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk ke pusat beli belah. 

Begitu juga dengan aplikasi alat pencukur rambut palsu. Dengan menggunakan aplikasi ini, penguna boleh mengenakan sesiapa sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Nescaya, orang yang terkena itu pasti akan terkejut apabila rambut mereka seakan-akan telah dicukur dengan menggunakan alat pemcukur rambut paslu ini. Selain itu, aplikasi ini juga turut mengeluarkan bunyi seperti alat pencukur yang sebenar yang menambahkan lagi keseronokan kepada si pelakunya.

Video di bawah ini merupakan seorang lelaki yang berbangsa cina telah mengenakan orang disekelilingnya dengan menggunakan aplikasi tersebut dan reaksi yang ditunjukkan oleh mangsa-mangsanya sangat menghiburkan hati. Ikuti video di bawah untuk melihat sendiri reaksi-reaksi mereka yang terkena.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram colourswitch