[VIDEO] ‘Respect’.. Netizen Kagumi Cara Ismail Izzani Melayani Peminat Dari Korea

Ismail Izzani, seorang lagi penyanyi muda yang kian melonjak naik dalam industri seni tanah air kita. Pada usia yang yang cukup muda, penyanyi ini kian mencipta nama di seluruh negara dan beberapa buah negara jiran.

Bermula di laman media sosial, bakat besar dimiliki oleh anak muda berusia 18 tahun ini turut berjaya mencuri perhatian peminat muzik dari luar negara.

Muzik video single terbarunya yang dikeluarkan pada 15 Mac lalu iaitu ‘Luar Biasa’ kini telah mendapat jumlah tontonan hampir mencecah 3.6 juta! Ia  merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa bagi seorang penyanyi muda sepertinya.

Antara yang menjadi bualan ramai tentang muzik video tersebut ialah kualitinya yang setanding artis antarabangsa kerana perbandingan utama yang diperkatakan ialah dengan muzik video grup K-pop.

Ekoran daridapa itu, ia telah menarik ramai Yuotubers luar negara untuk menghasilkan video reaksi mereka menonton muzik video yang bertajuk ‘Luar Biasa’ tersebut.

Baru-baru ini, salah seorang Youtuber  yang dikenal sebagai Abang Korea telah datang menemui beliau di tempat beliau membuat persembahan. Perkara yang paling menarik perhatian netizen ialah cara Ismail Izzani malayani peminatnya dengan begitu baik dan sempoi sehinggakan beliau turut membuat Tagline daripada abang korea. 

Video yang dimuat naik oleh beliau sendiri di laman instagramnya semalam berjaya meraih sebanyak 254.9k tontonan dan video tersebut turut mendapat reaksi yang cukup positif serta membuatkan peminat-peminatnya semakin sayang kepadanya.

VIDEO :

Rata-rata netizen turut berbangga dan memuji tindakan Ismail Izzani yang tidak sombong melayani peminatnya walaupun berlainan agama, bangsa dan negara.

Wahhh luar biasa ni, selalunya orang malaysia yang akan mcm ni bila jumpa orang korea. tapi ni orang korea

Happy tgk bcoz u x sombomg langsung! kind snd humble. keep it up!

Suka sangat dengan perangai Ismail izzani ini.. semoga sukses

Wau.. Hebat orang Malaysia

Teks oleh Staf Lubuk Maklumat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram ismaillzzani