[VIDEO] Sebab Mika Dah Terkena, Tok Sidang Ulas Isu Kasut Hitam

0
228

Siapa tak kenal dengan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya iaitu seorang Pengarah yang cukup terkenal dalam industri seni di negara kita. Beliau juga merupakan suami kepada pelakon Sheila Rusly. Walaupun kelihatan tegas dan serius pada luaran namun Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang ini seorang yang sangat sempoi dan kelakar. 

Tok sidang sangat suka bergurau dengan anak-anaknya lelakinya iaitu Luth Mikhail dan Uzair Haqimy. Mereka sering menjadi mangsa prank Tok Sidang. Jika sebelum ini Tok Sidang telah menyorok songkok dan kasut Mika, tapi video kali ini Mika betul-betul terkena tanpa di prank. 

Dalam video tersebut Mika dikatakan tidak dapat menemui kasut sekolahnya apabila selesai solat sehinggalah setengah jam kemudian. Hal ini kerana semua kasut berwarna hitam dan sangat mengelirukan. Tok Sidang merasakan perkara tersebut agak melucukan dan menggerakkan hatinya untuk memberi ulasan mengenai kasut hitam. Walau bagaimanapun, Tok Sidang turut menegaskan bahawa perbincangan tersebut tidak boleh dikaitkan dengan politik.

Kapsyen IG :

“Assalamualaikum Malaya. Good day Geng Tok Sidang Semalaya…di mana saje komer berade… #cerekatoksidang pagi ni pasei Kasut Hitam 😜😀 . Mua aha ahaha ahaha Hadoiii aiiii geli lak ati Tok Sidang niiii 😃😀😅🤣😂 . Have a nice day Geng Tok Sidang Semalaya ..😜 . Huuuuu huuuuuuuuuuu😅 Haaaaa haaaaaaaaaaaa🤣”

VIDEO :

PART 1

Video yang dimuat naik oleh Tok Sidang mendapat perhatian oleh ramai netizen dan mereka turut berkongsi mengenai pengalaman yang pernah dilalui oleh anak-anak mereka. Oleh itu, Tok Sidang telah memuat naik video yang kedua mengenai isu yang sama.

PART 2

Tidak berakhir di situ Tok Sidang turut memuat naik satu lagi video dimana beliau mengimbau kembali zaman-zaman sekolahnya yang memakai kasut putih. Ikuti video di bawah untuk mengetahui yang lebih lanjut.

Kapsyen IG :

“Assalamualaikum Malaya. Good day Geng Tok Sidang Semalaya…di mana saje komer berade… #cerekatoksidang pagi ni kite sambung lagi pasei Episod Akhir Kasut Hitam Kasut Putih 😜AMARAN! JANGAN KAITAN PERBINCANGAN KITE DENGAN POLITIK 👊 Mua aha ahaha ahaha Hadoiii aiiii geli lak ati Tok Sidang niiii ingat zaman dolu dolu…😅😂😜 . Have a nice day Geng Tok Sidang Semalaya ..😜 . Huuuuu huuuuuuuuuuu😅 Haaaaa haaaaaaaaaaaa🤣”

PART 3

Komen netizen:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Instagram jinggo_jspictures