[VIDEO] Sheila Rusly Sebak dan Bangga Bila Naim Kembali Berlakon Dengannya

Pelakon Muhammad Na’im Daniel Baharin, 21 atau leboh dikenali sebagai Naim Daniel berpegang pada kata-katanya yang akan mempertimbangkan tawaran berlakon selepas Single keduanya dilancarkan.

“Mungkin selepas selesai promosi single kedua, baru saya mempertimbangkan semula tawaran berlakon. Saya sudah berlakon sejak usia lapan tahun, jadi saya mahu berehat seketika. Katanya kepada BH.

 

Kini, Naim Daniel kembali berlakon di bawah naungan js pictures dalam drama yang bertajuk ‘Pia’ yang akan disiarkan di slot samarinda pada bulan Ramadhan yang akan datang.

Naim yang memegang watak Orang Kelainan Upaya dalam drama tersebut membuatkan ramai netizen kagum dengan kebolehannya membawa watak yang dikatakan agar mencabar itu. Turut bergandingan dengannya ialah Alif Satar, Zara Zya serta pelakon-pelakon lain yang cukup hebat dan membuatkan ramai tidak sabar menantikan drama tersebut.

Dalam entri terbarunya, Naim telah memuat naik video yang dikatakan bakal menjadi single terbarunya selepas single pertama iaitu ‘Sekali Lagi’ dan single keduanya, ‘Sempurna’ mendapat tempat dihati peminat-peminatnya.

Naim menyanyikan lagu tersebut semasa di set penggambaran drama ‘Pia’ iaitu sebuah drama di Slot samarinda yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tahun hadapan. Lagu tersebut ternyata sangat menyentuh hati terutamanya Sheila Rusly kerana terkenangkan Naim yang pernah bekerja dengan beliau semasa berumur 11 tahun dan kini kembali berlakon dengannya.

VIDEO :

Rata-rata netizen turut sebak dan tersentuh apabila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Naim dan tidak sabar untuk menantikan drama lakonan Naim Daniel tersebut.

Hm sayunyaaaa

Mata sis masuk hbuk la tgk ni

so touched

WEhhhhhh kenapa i nak nangisss bila tgkkk ni full with meaning

sedihnya lagu and real betul bro berlakon macam tu

menusuk sampai ke hati

Aku sorang je ke yang berkaca?

pandainya berlakon, tak sabaqqq cek oii

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Instagram naimdanielx