[VIDEO] Sweetnya…Ahli Paramedik Malamar Pasangannya Dalam Suasana Yang Mengharukan

0
744

Semua orang sukakan kejutan terutama kejutan yang tidak akan dapat dilupakan dalam hidup salah satunya ialah bila mendapat lamaran. Min ingin mengajak semua pembaca melihat video yang mengharukan bila seorang pemuda cuba melamar teman wanitanya. Pemuda ini merupakan seorang paramedik begitu juga teman wanitanya. Pemuda ini ingin membuat satu kelainan dalam usahanya untuk melamar itu. Dia ingin jadikan lamarannya itu menjadi satu kenangan yang indah dan tidak dapat dilupakan.

Dia telah berfikir panjang dan telah mendapat idea yang tidak dapat dijangkakan oleh teman wanitanya itu. Pemuda ini telah bersepakat dengan kawan-kawannya untuk menjayakan rancangannya itu. Pada hari dan masa yang sesuai pemuda ini telah berpura-pura cedera dan salah satu kawannya telah memberitahu kepada teman wanitanya yang pada ketika itu sedang bertugas di wad untuk segera pergi ke wad kecemasan. Sesampai teman wanita pemuda itu di wad kecemasan terlihat dia begitu sedih sekali kerana melihat teman lelakinya terbaring diatas stretcher sedang ditolak masuk ke bilk kecemasan.

Sejurus saja teman wanitanya ini melihat pemuda itu terbaring diatas stretcher, dia mula menangis dan bertanyakan apakah yang terjadi sebenarnya. Sedang dia memeriksa keadaan teman lelakinya itu, salah seorang kawan teman lelakinya telah membaca nota yang ditulis oleh pemuda itu untuk teman wanitanya. Mendengarkan coretan dari nota itu membuatkan teman wanitanya menangis lagi kuat. Dan apabila sampai di ayat terakhir nota itu yang berbunyi ” Saya Ada Satu Soalan Untuk Awak Jawab,” pemuda yang sedang baring tadi terus bangun dan melutut didepan teman wanitanya itu dan bertanyakan sudikan teman wanitanya itu mengahwininya.

 

Lamarannya itu membuatkan teman wanitanya menangis lagi kuat. Dalam pada itu dia berkata “Ya”, dan sesungguhnya dia amat marah kerana telah menakut-nakutkan dia. Teman wanitanya ini sebenarnya sangat cemas dan risaukan kesihatan pemuda itu. Min tertawa kecil sebab tidak tahu apakah respon min jika senario itu berlaku kepada min.

Min mungkin akan meraung sakan lebih teruk dari teman wanita pemuda itu jika berlaku pada min! Momen itu sangat mengharukan sampaikan mereka berdua terlupa untuk menyarung cincin dijari kerana terlalu gembira. Teman wanitanya itu seakan-akan tidak mahu melepaskan pelukan kerana terlalu lega melihatkan teman lelakinya itu sebenarnya berlakon sahaja.

VIDEO :

Sumber : SL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat