[VIDEO] Wow.. Kreatif Betul Lelaki Ni.. Guna Barang Terpakai Cipta Set Drum

0
150

Muzik tidak semestinya terhasil daripada alat muzik yang mahal dan berjenama. Semua bunyi-bunyian yang terhasil di muka bumi dianggap suatu muzik namun cara muzik tersebut diolah atau dihasilkan itulah yang membezakan antara bunyi yang menarik atau sebaliknya.

Siapa sangka barang-barang terpakai juga boleh diubahsuai menjadi alat muzik yang hebat dan menghasilkan bunyi yang tidak kurang tandingannya dengan alat muzik yang sebenar. Lelaki di bawah telah membuktikan bahawa dengan adanya minat yang mendalam dan kreativiti dalam sesuatu perkara, semuanya tidak mustahil baginya untuk mencipta set drumnya sendiri dengan hanya menggunakan barangan terpakai seperti piring engkol iaitu salah satu daripada komponen yang terdapat pada basikal, tin cat, serta dua batang besi sebagai kayu drum.

Lelaki tersebut juga turut mempamerkan bakatnya yang bermain drum mengikut rentak lagu yang dipasang.

Video yang dimuat naik mendapat perhatian netizen dan mendapat tontonan melebihi 200k di laman instagram. Netizen juga turut mengagumi kreativiti lelaki tersebut yang mengambil inisiatif sedemikian.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : Instagram gak_kepikiran