[VIDEO] “Wuyohhh Abuja Tak Sangka Pandai Buat Magic…” – Netizen Teruja Tengok Tok Adi@Nasir Bilal Khan Buat Magic

0
168

Nasir Bilal dilahirkan pada 1960 di Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 1993 menerusi watak pembantu sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & …..? arahan U-Wei Hj Saari. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Nasir menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994.

Nasir juga terkenal dengan watak penggali kubur bernama Tok Adi dalam siri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis selama 5 tahun. Beliau memegang watak sama dalam siri TV terbitan turunannya yang disiarkan pada 5 Mac 2018. Nasir mempunyai peranan utama dalam telfilem Al-Ikhlas arahan Murali Abdullah, yang mengisahkan tentang Solah yang hidup sendirian selepas kematian isterinya.

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), memegang watak sebagai Salleh, bapa kepada Amy lakonan Salina Saibi. Nasir meneruskan rentetan kerjasama dengan Syamsul menerusi filem Munafik 2 yang telah ditayangkan pada 30 Ogos 2018, beliau menjayakan watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Abu Jar.

Terbaru, satu video telah dimuatnaik dihalaman sosial instagram milik Kini.Viral memaparkan Tok Adi sedang membuat magic. Video tersebut mendapat hampir 145k tontonan dan rata-rata netizen seronok dan teruja.

Jom kita saksikan bersama video tersebut.

Kapsyen Ig :

Abujaaa bikin magic 😣😣

VIDEO :

Sebahagian Komen Dari Netizen

Got Talent Abujaaa..

Bukan Berlakon Je Power Buat Magic Pun Power

Yang Ku Sangkakan Tok Adi Rupanya Abuja

 

Sumber : Ig Kini.Viral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: soyalemon