Allah.. Walaupun Kurang Upaya Tapi Masih Berusaha Untuk Menunaikan Solat

Subhanallah, ketika melihat video ini rasa malu muncul dalam diri ini. Kita yang sempurna sifat, boleh berjalan berlari semua boleh tetapi kadang kadang kita melambatkan atau tidak solat.

Wanita ini hadapi satu penyakit ganjil dari kecil dan dia tidak sempurna tetapi menurut asal video ini wanita yang tidak sempurna ini tidak pernah tertinggal solat. Dia akan meminta bantuan rakan atau keluarganya sebelum menunaikan solat dan dia tidak mahu meninggalkan solat.

Adakah kita perlu tidak sempurna atau sakit baru kita ingat kepada Allah SWT? Kita yang sempurna sifat patut rasa bersyukur kerana kita tidak punya masalah untuk menghadap Allah SWT.

Subhanallah…

Orang Cacat Pun Solat, Bagaimana Kita Yang Sihat ?

BALASAN BAGI MANUSIA TIDAK MAHU MENGERJAKAN SOLAT.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah ﷺ melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah ﷺ, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah ﷺ, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah ﷺ dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah ﷺ dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah ﷺ pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

– Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

– Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

– Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Moga video ini sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan bagi kita yang sihat tubuh badan tapi sering meninggalkan solat dan menangguhkan solat.

Wallahua’lam..

VIDEO:

Solat Bagi Orang Sakit

Ramai diantara kita tidak tahu cara menunaikan Solat ketika sakit sedangkan kita mampu menunaikannya. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat :

1. SOLAT SAMBIL DUDUK

• Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.

• Mengadap kiblat.

• Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.

• Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.

• Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.

• Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING

• Mengiring di atas rusuk kanan.

• Muka dan dada mengadap kiblat.

• Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.

• Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG

• Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat

• Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.

• Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas

• Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.

• Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA

• Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.

• Kaki menghala ke arah kiblat.

• Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI

• Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

VIDEO:

Sumber: Duniapendidikan via II

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Islamikinfo