“90 Peratus Persiapan Dah Siap….” – 9 Bulan Bergelar Tunangan Orang, Eyra Hazali & Haziq Nadzli Bakal Disatukan November Ini

Pelakon Eyra Hazali mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli November depan.

Rasa teruja dan berdebar, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali turut berkongsi perkembangan juga pengalaman selepas lebih 9 bulan bergelar tunangan orang.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

after this,you can stare at your phone case okay @haziqnadzli ? 😝 Our phone cases are from @sissys.casing ! Thank you 😘

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

“Alhamdulillah, setakat ini 90 peratus persiapan dah hampir siap semuanya. Dipermudahkan dan ia berjalan lancar setakat ini.

“InsyaAllah sejurus selesai penggambaran, saya cuba untuk selesaikan semua persiapan kahwin yang masih berbaki.

“Tinggal lagi beberapa bulan sahaja. InsyaAllah semua okey dan kami pastinya harapkan semuanya berjalan lancar,” kongsi Eyra yang masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh nikahnya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Mr.Grey ini menjelaskan, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga meski baru berusia 20 tahun.

Meski tidak menyangka jodohnya awal, namun dia sedia untuk memikul amanah.

“Sebenarnya saya sendiri tak pernah jangka akan kahwin muda, bertemu jodoh awal tapi jodoh itu rahsia Tuhan.

“Tapi tak dinafikan, ada juga yang tanya dengan Eyra kenapa nak kahwin awal?

“Nama tengah naik, kenapa nak kahwin muda, akan tetapi saya percaya pada rezekiNya,” kata Eyra

Terdahulu, Eyra telah mengikat tali pertunangan bersama penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq pada 1 Disember tahun lalu.

Terdahulu, Eyra ditemui pada Anugerah Instafamous 2019 di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur, malam tadi.

Di acara tahunan itu, bintang berkenaan telah menerima anugerah khas untuk kategori Anugerah Instafamous Pujaan Hati.

 

Sumber: MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply