Guna smartphone sebagai CCTV , wanita ini kongsi cara pantau anak dengan cara BabyCam

Menjaga bayi yang masih kecil pastinya bukan perkara mudah buat ibu bapa.
 
Setiap saat pastinya pergerakan anak kecil ini perlu dipantau.
 
Bagi anda yang masih tercari-cari penyelesaian untuk memantau pergerakan bayi anda di rumah, perkongsian seorang wanita bernama Nurul Wafa ini mungkin membantu.
 
Menerusi posting di Facebooknya, Nurul berkongsi satu aplikasi dikenali sebagai BabyCam.
 
Difahamkan aplikasi ini memerlukan dua telefon pintar, satu bertindak sebagai kamera litar tertutup (CCTV) dan satu lagi untuk paparan.


 
Apabila dipasang pada kedua-dua telefon, aplikasi ini mampu memaparkan rakaman secara langsung selain turut berupaya mengesan bunyi menangis atau objek yang jatuh di kawasan sekitarnya.
 
“Symptom mak-mak bila buat kerja di dapur terngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur.
 
“Terpaksalah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan telefon pun memang ada dua. Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab aplikasi ni ada noise & cry recognition.
 
“Boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air,” katanya.
 
Sehingga kini posting terbabit telah dikongsi sebanyak 21,000 kali dan menerima pelbagai reaksi postifi dari warganet khususnya golongan ibu bapa.
 
Ini antara komen mereka di posting tersebut.

 

Apa kata anda?

Sumber: AstroGempak