Risau keluar rumah berseorangan? Buat je DIY Pepper Spray sendiri kat rumah!

Zaman sekarang wanita kerap sangat jadi m4ngsa j3nayah. R4gut, r0mpak, r0gol dan macam-macam lagi sampai nak takut nak keluar di tempat yang kita tak biasa.

Sebagai salah satu cara untuk lindungi diri atau elak jenayah berlaku anda boleh sentiasa bersedia dengan pepper spray. Atau semburan air lada.

Kalau kena pada mata dan wajah penjenayah memang p3dih dan s4kit. Jadi fungsinya adalah untuk menghalang penj3nayah dari membuat tindakan seterusnya dan anda boleh lari selamatkan diri.

Pepper Spray ini juga boleh kita buat sendiri. Senang jer, tutorialnya dikongsi Marry Ferjel Babasa

Bahan yang diperlukan

  • Botol semburan (botol kecil supaya senang letak dalam beg)
  • Cili api (pilih yang paling pedas ok)

Cara membuatnya

1. Ambil secukupnya, ikut kesesuaian botol spray ya.

2. Potong kecil cili masukkan ke dalam botol semburan.

 

3. Kemudian masukkan air ke dalam botol spray dan campurkan dengan cili yang dipotong tadi. Goncang botol tadi supaya rata.

TIP

  • Boleh juga gunakan air panas untuk lebih berkesan.
  • Boleh tambahkan dengan serbuk lada hitam. Semburan ini boleh digunakan dalam tempoh dua minggu.
  • Jangan uji pepper spray ini pada rakan ya. Cara nak uji boleh semburkan pada plastik dan hidu. Kalau anda sendiri nak terbatuk ketika menghidunya ternyata ia berkesan.
  • Bawa pepper spray ini ketika keluar rumah, bercuti malah waktu nak pergi bekerja sekali pun. Malang tak berbau.

Sumber: Marry Ferjel Babasa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply