“Jaga diri bro. Makin ramai orang suka dekat kita , makin ramai juga orang yang dengkii kat kita…” – Nasihat Mawi Untuk Alif Satar

Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Asmawi Ani atau Mawi mengakui kagum dengan bakat yang ada pada selebriti serba boleh, Alif Satar.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi tampil memberi sedikit nasihat pada Alif berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketiga.

“Mamat ni Allah jadikan dia pakej. Serba boleh. Nyanyi, pengacara, mengaji semua bagus.

“Jaga diri bro. Makin ramai orang suka dekat kita dan jangan lupa makin ramai juga orang yang dengkii kat kita.

“Semoga Allah lindung kau @alifsatar. Thank you datang @zayan.my pagi tadi,” tulisnya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Mawi dan berharap Alif dapat mengekalkan imejnya yang rendah diri buat selama-lamanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku tahu pernah ku berjanji takkan ada yang mengganti….itu kan hati berubah kan pasti. p/s apa yang korang rasa/faham pasal lagu #iwantyoutoloveme? 🧐

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu Alif akan menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage bersama Sherry Alhadad.

Minggu lalu, senarai 12 orang peserta Big Stage musim kedua telah diumumkan membabitkan bintang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan.

Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.

Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.

Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.

Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply