Ribut Musnahkan Kelengkapan Persembahan, Kumpulan Lit Band terpaksa buat persembahan secara akustik

Persembahan kumpulan Lit Band dilanda ribut sehingga memusnahkan kelengkapan persembahan.

 

KUMPULAN baharu Lit Band berdepan detik cemas apabila sesi ujian suara (sound check) yang dilakukan untuk menjayakan sebuah program dilanda r1but dan angin kencang sehingga menerbangkan khemah dan peralatan muzik mereka.

Vokalisnya, Aiman berkata, kejadian yang berlaku bulan lalu itu menyebabkan mereka terpaksa membuat persembahan secara akustik berikutan bekalan elektrik di lokasi itu terputus. 

Kejadian yang berlaku di Bentong, Pahang itu menjadi kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang empat tahun pembabitan mereka dalam industri muzik.

Lokasi persembahan Lit Band di Bentong, Pahang musnah dilanda ribut.

“Baru-baru ini kami berhadapan situasi g3tir apabila sesi sound check untuk sebuah persembahan terbantut kerana lokasi tersebut dilanda r1but dan angin kencang sehingga menerbangkan khemah serta memvsnahkan pentas persembahan. 

“Malah beberapa batang pokok berhampiran turut tumbang dan mengh3mpap memusnahkan beberapa kelengkapan persembahan.

“Ini kali kali pertama kami berhadapan situasi demikian, memang kelam kabut jadinya namun nasib tiada yang ced3ra. Namun persembahan masih diteruskan tapi hanya secara akustik sahaja,” katanya.

Selain Aiman, Lit Band turut dianggotai Adam selaku pemain dram, Aniq sebagai pemain gitar dan juga Dinie sebagai pemain bass.

Dalam pada itu, mengulas tentang single pertama mereka berjudul Hasrat, Aiman menjelaskan ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Apit daripada kumpulan Projector Band.

Lit Band dianggotai Aniq, Aiman, Adam dan Dinie.

“Alhamdulillah video persembahan yang sering di muat naik di Youtube berjaya menarik minat Apit untuk diketengahkan.

“Single Hasrat juga mendapat pelbagai maklum balas positif daripada pendengar, namun kami tidak meletakkan sebarang harapan terlalu tinggi kerana masih baru,”jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply