Janna Nick Tidak Menyokong Tindakan Menyvntik Untuk Dapatkan Kulit Putih

Aktres jelita Janna Nick akui tidak menyokong tindakan individu yang mengambil svntikan untuk mendapatkan kulit yang putih.

Isu ini timbul apabila terdapat seorang netizen yang bertanya sama ada wajahnya yang putih itu disebabkan suntikan ataupun produk pencuci muka.

Kata Janna dia tidak akan terjebak kerana tahu ia akan memberi kesan terhadap buah pinggang.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak tanya…awak sayang saya banyak mana??????

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on


“Saya tidak menyokong tindakan segelintir individu yang mengambil svntikan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

“Saya tahu ia akan memberi kesan serta mer0sakkan buah pinggang satu hari nanti.

“Kulit akan berubah menjadi putih tetapi hanya berkekalan sementara. 

“Badan kita pulak ingin digunakan untuk satu tempoh yang lama bukan sekejap,” katanya kepada Gempak.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner menjelaskan produk keluarannya adalah berasaskan bahan semula jadi dan hanya digunakan di bahagian luaran.

“Produk saya memang memutihkan dan mencantikkan kulit saya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10,000 stock terjual kurang dari SEMINGGU!!!!!!! Korang memang gila! ALHAMDULILLAH thanks sebab percaya dengan product saya ! IM SOOO HAPPY ❤️❤️❤️❤️ – @whitefluffy.my – – – @whitefluffy.my PENCUCI MUKA BERASASKAN SUSU KAMBING ! CUMA RM35 sahaja!!! JOM BUAT DUIT MACAM SAYA 😘😘😘 contact number +6019-3123115 (Comment sikit sape di antara 10RIBU yang dah beli Tu??)

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Semua itu terjadi daripada bahan yang digunakan iaitu berasaskan susu kambing dan hanya dipakai di bahagian luar sahaja.

 

“Saya hanya berkongsi kepada umum namun terpulang kepada individu tersebut sama ada ingin mempercayai atau tidak,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Janna sedang terlibat dengan pementasan teater Pawana Isabella pada 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya.

Teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn dan Datuk Afdlin Shauki.

Sumber: AstroGempak

Apa kata anda?