“Banyak masa abah hanya di jalan sebab nak cari rezeki”, Adik beradik sepakat gantikan motor ‘siput’ bapa

MOTOSIKAL meragam sememangnya menguji kesabaran, apatah lagi ia pilihan yang munasabah untuk berulang alik ke tempat kerja.

Segelintir orang pakailah selagi boleh kalau motosikal itu masih mampu dibaiki dan digunakan lagi, meskipun entah berapa kali r0saknya.

Begitulah dengan seorang bapa yang tidak pernah kisah motosikalnya sering bermasalah kerana apa yang lebih penting adalah mencari rezeki demi keluarga tersayang.

“Kasihan tengok abah setiap hari ulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur naik *motosikal* semput tahap siput. Terimalah hadiah tak seberapa daripada anak-anak mu ini.

“Asyik meragam je motor tapi tak pernah mengadu kat anak. Moga dengan motor ni dapat memudahkan abah cari rezeki untuk kami,” menurut perkongsian yang tular berserta klip video kejutan yang dibuatnya bersama adik-beradik lain istimewa buat bapa mereka.

 

Perkongsian Amirul di laman sosial mengenai kejutan buat bapanya mencuri perhatian netizen.

Salah seorang anak kepada bapa bertuah itu, Amirul Syahmi Ahmad Amran berkata, kejutan untuk menghadiahkan motosikal baharu buat bapanya yang disapa abah itu dibuat pada pagi Isnin lalu.

Pemuda berusia 20 tahun itu berkata, idea itu dicetuskan oleh abangnya, Akmal Hasif, 26, agar mengumpul wang bersama-sama dalam satu akaun bank untuk kegunaan keluarga.

“Motosikal lama abah dah pakai lebih enam tahun. Itulah motosikalnya yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja. Tapi lama-kelamaan kami perasan abah selalu pulang lebih lewat berbanding biasa.

“Abah tak guna telefon bimbit, jadi bila abah balik lambat buat kami tertanya-tanya, risaukan abah. Tapi dia tak pernah kongsi masalahnya dengan anak-anak, tak nak menyusahkan kami,” katanya kepada mStar.

Bapa Amirul menerima hadiah motosikal baharu yang disertakan dengan riben dan kad ucapan.

Amirul bagaimanapun berkata, niat untuk meminjam motosikal milik bapanya untuk pergi ke kedai menjawab antara punca kel3watan bapanya pulang ke rumah.

“Saya tunggang motor abah, aduhai lambat pick up. Dah tak power lagi untuk bawa laju. Bayangkanlah kalau ke kedai di kawasan rumah pun tak boleh bawa laju sangat, macam mana abah bawa motor tu hari-hari dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur pergi kerja?

“Sekurang-kurangnya setengah jam ke sejam lebih perjalanannya berbanding sewaktu mula-mula guna motor tu dulu. Banyak masa abah hanya di jalan saja sebab nak cari rezeki untuk sara keluarga,” ujarnya sambil menambah bapanya itu berusia pertengahan 50an.

Ibu bapa Amirul bersama hadiah motosikal baharu. Foto ihsan Amirul Syahmi Ahmad Amran

 

Selain motosikalnya tidak boleh memandu pada kelajuan yang lebih tinggi seperti sebelum ini, katanya, ia juga sering mengalami m4salah sehingga bapanya terpaksa tersadai di lebuh raya.

“Kalau ada penunggang motosikal yang baik hati, akan tolong abah seperti tarik sampai ke mana-mana. Kalau nampak abah tolak motor sampai ke rumah tu, dah faham sangat motor dia r0sak. 

 

Kami pernah nasihatkan abah untuk pakai motor baharu, tapi abah kata buat apa nak membazir, duit yang ada lebih baik guna untuk perbelanjaan kami sekeluarga

AMIRUL

“Kami pernah nasihatkan abah untuk pakai motor baharu, tapi abah kata tak apalah boleh guna lagi, buat apa nak membazir, kerana kata abah duit yang ada lebih baik guna untuk perbelanjaan kami sekeluarga,” tambahnya.

Sehubungan itu, akaun khas yang digunakan sebagai tabungannya bersama adik-beradik lain dijadikan modal untuk membeli motosikal baharu sebagai hadiah buat bapa mereka.

 

Amirul bersama ibu bapa dan sebahagian adik-beradiknya. Foto ihsan Amirul Syahmi Ahmad Amran

Hampir dua bulan dirancang bagi memastikan modal untuk membeli motosikal mencukupi selain memikirkan idea terbaik untuk menyentuh emosi bapa mereka yang berjiwa kental.

“Abah ni hati jantan, tak pernah men4ngis. Sekurang-kurangnya buat abah rasa seb4k pun cukuplah. Malam sebelum kejutan tu saya dan adik pinjam motor abah dan pura-pura mengadu kata motor tu kemudian hilang.

“Abah ni kalau marah memang singa habis. Bila abah dapat tahu pasal motor tu hil4ng, dia tak m4rah pun sebab dia tahu adik nak duduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ni. Katanya, nanti adik str3s, dah tak ada rezeki motor tu nak hil4ng dan cuba usahakan beli yang baharu.

“Esok paginya, kami buat kejutan dengan motor baharu dihantar ke rumah. Kami berjaya dapat buat abah seb4k, sampai kesat-kesat matanya. Kami juga bersyukur kerana dapat belikan motor baharu untuk abah, lepas ni abah tak akan bawa motor macam siput lagi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply