Model ‘plus size’ Ashley Graham dan suami umum bakal menimang cahaya mata pertama

PASANGAN selebriti Ashley Graham dan suaminya pengarah Justin Ervin mengumumkan berita gembira sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.

Model ‘plus size’ ini akhirnya mendedahkan kehamilan anak pertama mereka sebagai hadiah paling bermakna buat dia dan suami.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sundayzzz are the best dayzzz

A post shared by A S H L E Y G R A H A M (@ashleygraham) on

Menerusi Instagram miliknya minggu lalu, Ashley memuat naik video memperlihatkan perutnya yang mula membesar sambil menjerit ‘surprise’.

Ashley umum kehamilan anak pertama.

Dia turut menulis kapsyen meluahkan rasa syukur bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

“Hari ini 9 tahun yang lalu, saya berkahwin dengan pujaan hatiku. Ini adalah perjalanan terbaik bersama orang yang paling saya sukai di dunia!

“Hari ini, kami merasa sangat diberkati, bersyukur, dan bersemangat untuk merayakan keluarga kami yang akan bertambah. Happy anniversary @mrjustinervin. Hidup kita akan menjadi lebih baik lagi” ujarnya.

 

SUMBER: PEOPLE.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply