“Ibu tergelak-gelak tengok saya. Dia ada cakap lain kali, naik minum tu tengok dulu.,” Disangka Cool Blog tapi rupa-rupanya…

“LAIN kali nak minum tengok dulu,” demikian pesanan seorang ibu kepada anak gadisnya yang terminum air perisa ‘baharu’ dari peti sejuk rumahnya.

Gara-gara dahaga ketika cuaca panas, Balqis Najwa Mohd Rizan terus membuka peti sejuk di rumahnya dan terlihat adanya bekas air minuman kegemarannya.

Remaja berusia 20 tahun yang tinggal di Kuala Selangor itu berkongsi pengalamannya terminum air bawang putih yang sudah dikisar ibunya, Noor Raihan Jamek, 45.

“Minggu lalu ketika di dapur, ibu suruh saya ambil bawang putih dalam fridge. Saya dengan senang hati terus buka peti sejuk dan ternampak pula bekas air Cool Blog.

Balqis berkongsi pengalamannya di Twitter.

“Dalam hati saya ada terfikir mungkin semalam ibu keluar dan belikan air itu.

“Ketika itu memang rasa dahaga sangat. Cuaca sekarang kan panas, jadi saya ambil dan terus minum,” kongsinya kepada mStar.

Cerita Balqis lagi, sebelum mengambil bawang putih yang diminta ibunya, dia mencapai straw besi dan tanpa berlengah menyedut air tersebut sebelum tiba-tiba tekaknya terasa lain macam.

“Saya tanya ibu, air apa tu dan ibu cakap itulah bawang putih yang dah dikisar. Rupanya bekas ‘Cool Blog’ tu ibu guna untuk simpan bahan-bahan masakannya.

“Ibu tergelak-gelak tengok saya. Dia ada cakap lain kali, naik minum tu tengok dulu.

“Dua tiga hari jugalah tekak saya rasa semacam. Saya hanya banyakkan minum air kosong dan sekarang ini dan kembali okay,” jelasnya penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini.

 

 

Sebahagian daripada komen-komen pengguna Twitter terhadap perkongsian yang dimuat naik Balqis.

Dalam pada itu Balqis terkejut dengan feedback netizen selepas memuat naik gambar bekas berisi bawang putih yang dikisar itu.

“Saya tak sangka sekarang retweet dah lebih 8,000, malahan perkongsian itu juga viral ke Facebook.

“Yang paling best, ada juga komen-komen daripada pengguna lain yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama.

“Ibu juga tahu kisah saya ini dah viral. Dia hanya tergelak-gelak sahaja,” ujarnya yang bakal menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia bulan depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply