Babak Zul Ariffin tukarkan lampin Remy Ishak antara 10 sebab anda kena tonton Sangkar!

MENCAPAI kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan merupakan satu petanda baik untuk filem Sangkar yang kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 29 Ogos lalu.

Sangkar bukanlah sebuah filem yang memaparkan pertarungan atau menjual cerita aksi di gelanggang perlawanan semata-mata, sebaliknya ia turut diisi dengan pelbagai elemen dalam satu naskhah.

Kalau anda peminat filem aksi atau sukakan babak g4duh-g4duh mahupun tvmbuk-tvmbuk secara g4nas, filem ini bukan yang terbaik untuk anda tonton.

Berikut mStar senaraikan 10 sebab kenapa anda mesti tonton filem Sangkar!

 

1. Melihat kepada posternya pasti kita menyangka filem ini hanya berkisarkan tentang dua hero merebut kejuaraan dalam sesuatu perlawanan seni bela diri (MMA) dan penonton hanya akan dihidangkan dengan aksi lawan (fighter scene) semata-mata… tapi jangan silap! boleh dikatakan hanya 30 peratus sahaja aksi bertarung dalam filem ini, selebihnya mengenai perhubungan keluarga, persahabatan dan dakwah.

2. Lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak harus dipuji kerana kedua-duanya melakonkan karakter berbeza. Adam watak yang dilakonkan oleh Zul Ariffin seorang yang jauh tersimpang dari agama dan mula mencari jalan kebenaran kerana satu kejadian yang merubah segalanya, manakala Johan (Remy Ishak) pula sentiasa berpegang kepada ajaran Islam.

3. Sayangnya lakonan Mira Filzah mungkin tidak terlalu mencabar. Membawa watak sebagai adik kepada Johan dan merupakan seorang jururawat mungkin kelihatan terlalu mudah untuk Mira. Semasa ditemubual media, Mira sendiri mengakui ingin memperbaiki semula lakonannya jika diberi peluang berbuat demikian.

4. Lawak bersahaja penyampai radio Era iaitu Ray berjaya menghidupkan filem ini. Sesekali telatahnya mencuit hati penonton dan membuat filem ini tidak terlalu serius!

5. Babak ketika Zul Ariffin membantu Remy menukar lampin di dalam tandas sepatutnya menjadi babak menyedihkan… tapi lain pula yang berlaku apabila satu panggung tertawa kerana ianya nampak lucu. Ekspresi pada wajah Remy dan Zul membuatkan penonton terbayangkan hal lain!

6. Pertarungan Remy Ishak hanya ditonjolkan pada awal filem kerana selebihnya aktor ini lumpuh dan tidak boleh bergerak. Remy berjaya membawa watak sebagai seorang pesakit dengan baik, bukan mudah berlakon dengan pergerakan terhad dan hanya terbaring di atas katil ya!

7. Pada babak akhir yang menunjukkan Johan menggerakkan jarinya menjadi petanda mungkin akan ada sekuel atau sambungan Sangkar selepas ini? Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun Shah, mereka masih belum memikirkan mengenai perkara itu namun tidak mustahil jika ia mendapat sambutan penonton.

8. Filem arahan Kabir Bhatia ini menelan belanja sebanyak RM3 juta dan turut menampilkan peninju profesional iaitu James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

9. Secara keseluruhannya, filem Sangkar ini sesuai ditonton oleh rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja berkisarkan tentang pertarungan dunia MMA, malah disulami dengan permainan emosi. Silap-silap jiwa abang sado pun akan turut tersentuh sehingga menitiskan air mata!

10. Satu usaha yang baik dengan gandingan empat produksi iaitu Astro Shaw, Primeworks Studios, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment adalah untuk memastikan filem ini mendapat sambutan hebat daripada penonton Malaysia.

**Ulasan ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis sebagai penonton dan tidak mewakili mana-mana pihak**

Sumber: mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply