Bakat Semakin Diterima Di Indonesia, Uyaina Arshad Takkan Lupakan Tanah Air

Bakat besar yang dimiliki oleh pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 27, semakin diterima ramai.

Berbekalkan pakej rupa paras yang anggun, potongan badan tinggi lampai, sentiasa manis menguntum senyum serta petah berbicara, Uyaina sedang meniti populariti.

Semakin menyerlah di Indonesia, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta ini semakin kukuh membina tapak di negara seberang.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selepas menjuarai pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang dianjurkan oleh Indosiar, bakat saya semakin mendapat perhatian di Jakarta.

“Saya mula mengemudi beberapa rancangan besar seperti D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018 sebagai hos. Respon yang saya terima sangat menggalakkan dan mereka menerima kehadiran saya dengan hati terbuka.

“Terbaru, saya kini mengendalikan acara Golden Memories Asia 2019 dan bakal mengacarakan musim terbaru D’ Academy Asia. Peluang dan rezeki ini tidak harus saya lepaskan,” kata Uyaina.

 

Tambah gadis ini, kerjaya lakonannya juga kian mendapat perhatian selepas muncul dalam drama bersiri Curi-Curi Cinta disamping Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

“Paling saya tak sangka ialah rezeki dalam bidang lakonan. Sebagai bintang baru, saya perlu banyak belajar dalam arena lakonan memandangkan saya mula menceburkan diri dalam industri hiburan sebagai pengacara.

“Tetapi, saya tak sangka watak yang saya bawakan dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta meninggalkan kesan kepada penonton. Biarpun mula bertatih menjayakan watak pembantu, saya tak kisah kerana saya mahu mengutip pengalaman,” katanya lagi.

Namun begitu, buat masa ini, Uyaina menumpukan perhatiannya terlebih dahulu kepada bidang pengacaraan yang memerlukan komitmen tinggi di luar negara.

“Buat masa ini sehingga ke hujung tahun, saya menumpukan dulu kerjaya pengacaraan di Indonesia memandangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat akan ada siaran langsung dan perkara itu memerlukan fokus dan komitmen terbaik.

“Saya ada mendapat tawaran untuk menjadi heroin bagi sebuah drama bersiri tetapi saya harus menolaknya dengan baik kerana mendahulukan komitmen pengacaraan di Jakarta. Ralat memang ralat tetapi saya percaya kepada rezeki.

“Mungkin kali ini bukan rezeki saya tetapi saya juga enggan tamak dan tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Saya mahu memberikan kualiti kerja yang berada di tahap tinggi, jadi saya harus meletakkan fokus agar ia tidak tersasar,” katanya optimis.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Heyyyy ladies❗️❗️❗️ Memandangkan raaaaaamaaaiiiii sangat yang dm tanya pasal wardrobe yang Iza pakai dalam #curicuricinta , so ni Iza nak share dengan korang semua! ♥️ Hehe! . Semua tudung, blouse & pants yang Iza pakai adalah dari @galeriariani @arianirtw @tudungpeople & @poplook 😘 Ni Iza tag setiap gambar outfit dari mana. Tap for deets k! And go check them out! Lawaaaaa lawaaaaa semuanyaaaaaaa! 😍😍😍 LOVE! ✨ . Kalau ada baju / tudung yang takde dalam 10 gambar ni, comment kat bawah InshaaAllah Izaaaa bagitau dari mana 😘 #UyainaArshad #curicuricinta #iza

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa mak buat Mak Su macam tu? 😭😭😭 . Curi-Curi Cinta ♥️ MALAM INI ISNIN – KHAMIS 10.00 MALAM ASTRO RIA & RIA HD #UyainaArshad #curicuricinta #tiadabahagiatanparestu

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on

Biarpun mendapat tempat di hati peminat Indonesia, Uyaina tidak akan melupakan kerjaya seninya di Malaysia.

“Memandangkan siaran program yang saya acarakan di Indonesia berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat, saya mencuri peluang untuk pulang ke Malaysia setiap hujung minggu. Pada Isnin pula, saya melunaskan komitmen pengacaraan di Malaysia dengan menerajui rancangan bual bicara Wanita Hari Ini edisi Isnin.

“Kemudian saya terus bergegas ke lapangan terbang untuk kembali semula ke Indonesia untuk mengacarakan program di sana. Sesibuk mana pun saya, saya tak akan melupakan Malaysia… Saya tak akan lupakan tanah air yang mula memperkenalkan nama saya,” kata Uyaina lagi.

Kredit:

Foto: Afiq Irsyad Dahari (ahmadafiqirsyad)

Busana: Navneet Goenka

Jewelleries: Ceres

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply