“Saya Tak Rindu Berlakon, Tapi Saya Selalu Rasakan Saya Patut Buat Dengan Lebih Baik” – Maria Menado

Seniwati Datuk Seri Maria Menado akui tidak berasa rindu untuk berlakon meskipun sering menonton filem yang dibintangi ketika usia mudanya.

Menurut Maria, beliau merasakan sudah dikurniakan masa yang cukup dan tidak pernah menyesali keputusannya untuk bersara dari dunia lakonan pada sekitar tahun 1963.

“Saya tak berasa rindu untuk berlakon, saya merasakan sudah dikurniakan masa yang cukup dalam bidang lakonan.

“Meskipun saya tidak ada rasa rindu, tetapi setiap kali saya menonton lakonan saya dalam filem yang ditayangkan, saya akan menilai dan mengkrit1k lakonan saya sendiri.

“Saya selalu merasakan yang saya sepatutnya lakukan dengan lebih baik,” katanya kepada Gempak.

Seniwati yang membintangi filem Sultan Mahmood Mangkat Dijulang pada tahun 1961 ini ditemui di malam gala filem Dendam Pontianak bertempat di eCurve malam tadi.

Dendam Pontianak yang diedarkan secara rasmi oleh Primeworks Studios itu menampilkan lakonan Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 12 September ini.

Bercakap mengenai D3ndam Pontianak, Maria memuji kualiti filem tersebut secara keseluruhan.

“Walaupun saya rasa filem ini kurang s3ram, tetapi jalan penceritaan, emosi dan aspek lain boleh dikatakan sangat bagus,” tuturnya lagi.

Sedikit info mengenai Seniwati ini, Maria mula bergiat dalam industri hiburan tempatan pada tahun 1951 dan bersara pada tahun 1963.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply