10 Fakta Menarik Kuch Kuch Hota Hai Selepas 20 Tahun Menjadi Kegemaran Pencinta Filem!

Filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai kekal menjadi antara salah sebuah filem blockbuster yang paling diminati pencinta filem di negara ini. Cukup sinonim di Malaysia, filem arahan Karan Johar ini dibarisi pelakon gred A di Bollywood.

Jom ikuti beberapa fakta menarik mengenai filem arahan Karan Johar ini.

Selain di India, filem yang mempunyai durasi selama 177 minit ini turut menjalani penggambaran di Mauritius dan Scotland. Pembikinan filem ini memakan masa lebih 9 bulan kerana barisan para pelakon utamanya mempunyai beberapa komitmen lain ketika itu.

Untuk babak lagu Kuch Kuch Hota Hai, penggambarannya dilakukan di beberapa buah lokasi menarik di Scotland iaitu Eilean Donan, Glen Coe, Loch Lomond, Tantallon Castle dan Bass Rock. Antara lagu Hindi yang memang cukup melekat dalam diri kita kan?

Watak kekasih Anjali (Kajol) iaitu Aman Mehra yang dilakonkan Salman Khan terlebih dahulu ditawarkan kepada dua aktor lain iaitu Saif Ali Khan dan Chandrachur Singh.

 

Sementara Anjali (Kajol) pula sepatutnya dibawa Juhi Chawla. Bagaimanapun, aktres tersebut juga dikatakan menolak untuk membawakan watak berkenaan. Agaknya best ke tidak andai pelakon tersebut membawa watak yang ada?

Watak Tina yang dibawa Rani Mukherjee pula khabarnya ditawarkan kepada Twinkle Khanna terlebih dahulu. Selepas ditolak Twinkle, ia ditawarkan pula pada Karisma Kaapor dan Aishwarya Rai sebelum dibawa dengan jayanya oleh Rani yang pada waktu itu merupakan antara muka baru yang punya potensi besar dalam lakonan.

Sutradara terkenal, Aditya Chopra mencadangkan watak Tina dibawa Rani selepas dia menonton filem Raja Ki Aayegi Baraat. Selepas dipelawa, Rani terus bersetuju!

Sementara itu, khabarnya juga suara Rani yang serak-serak basah menyebabkan pengarahnya pernah menyuarakan hasrat untuk ‘memasukkan suara’ pelakon lain sebagai ganti. Namun selepas berbincang, suara asal dikekalkan.

Ketika babak berbasikal untuk lagu  Yeh Ladki Hai Deewana dijalankan pula, basikal yang ditunggangi Kajol hilang kawalan, menyebabkan aktres tersebut tersadung lalu menyebabkan kecederaan pada lututnya. Malah Kajol dikatakan pengsan untuk beberapa minit kerana insiden tersebut.

Kisah konflik cinta dan persahabatan yang menjadi teras di dalam filem ini khabarnya diinspirasikan daripada watak komik terkenal, Archie. Shah Rukh kononnya digambarkan sebagai Archie, Kajol sebagai Betty dan Rani pula ialah Veronica!

Menerusi adegan untuk lagu Ladki Badi Anjaani Hai, ada babak yang memaparkan sari Anjali terbang lantas Rahul sedar bahawa Anjali merupakan cinta sejatinya. Adegan tersebut sebenarnya tiada dalam skrip asal. Namun, Farah Khas memasukkan babak berkenaan kerana baginya, ia boleh memberi elemen sweet dalam tarian lagu tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply