5 selebriti kacak berstatus duda ini layak digelar ‘hot daddy’, masih tampan walaupun mempunyai anak!

SEJAK kebelakangan ini kisah penc3raian pasangan selebriti hangat diperkatakan di media sosial.

Namun hakikatnya sebagai manusia mereka juga tak terlepas dengan ujian dalam berumah tangga.

Pada usia muda, beberapa selebriti lelaki tempatan terpaksa menjalani hidup bersendirian selepas mahligai cinta yang dibina bersama pasangan masing-masing musnah di tengah jalan.

Kali ini mStar senaraikan lima artis lelaki yang berstatus duda dan mempunyai anak. Walaupun bergelar bapa, mereka masih hot tau!

Fizo kembali solo selepas perkahwinan yang dibina selama enam tahun berakhir.

1. Fizo Omar

Merupakan seorang pelakon dan usahawan, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar berc3rai dengan isterinya yang juga seorang pengusaha tudung terkemuka, Mawar Abdul Karim pada Julai lalu.

Penc3raian itu berlaku selepas enam tahun berkahwin.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan ini berjaya dihidu netizen apabila Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan dengan Mawar dan anaknya.

Sam mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan dia sudah berc3rai.

2. Sam Bunkface

Sam yang merupakan seorang vokalis, komposer dan gitaris kumpulan Bunkface berc3rai dengan penerbit rancangan di TV3, Aida Azira Husin pada penghujung Januari lalu selepas  tiada lagi persefahaman.

Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom mengakui berc3rai dengan Aida selepas empat tahun mendirikan rumah tangga pada April 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Dengan memiliki darah kacukan Melayu dan British, tidak hairanlah penyanyi ini menjadi kegilaan para wanita selain merupakan abang kepada seorang pelakon, Siti Saleha.

Penampilan terkini Rashidi menjadi perhatian.

3. Rashidi Ishak

Setelah hampir 17 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk berpisah pada 9 Ogos 2018.

Persetujuan itu dicapai selepas usaha untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.

Akibat daripada penc3raian itu Rashidi mengakui mengalami kemurungan dalam tempoh tiga bulan pertama perpisahan.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15. 

Terbaharu, pasangan ini digandingkan bersama menerusi sebuah filem berjudul Daulat yang akan ditayangkan pada awal tahun 2020.

Along (Cham) dan bekas isteri, Zila berpisah dengan talak satu.

4. Along Cham

Berita penc3raian pelakon dan pelawak, Along (Cham) seperti sudah dijangka selepas bekas isterinya, Zila Seeron ditangkap khalwat pada 13 Ogos 2016.

Along Cham atau Muhammad Nizamuddin Ahmad  dan Zila akhirnya mengambil keputusan berc3rai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan pada 23 Januari 2010 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lapan tahun.

Bella ambil keputusan untuk berc3rai selepas kontroversi kes curang Aliff Aziz dengan beberapa wanita.

5. Aliff Aziz

Umum tahu penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz sering terpalit dengan kontroversi kisah curang terhadap bekas isterinya, Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah.

Bella akhirnya membuat permohonan c3rai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas memiliki bukti video serta beberapa keping gambar perlakuan curang bekas suaminya itu.

Malah Aliff pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan beberapa selebriti wanita iaitu Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply