Instafamous Faizdickie, Alicia Amin Antara Wajah Dalam MV Zee Avi Yang Terbaru!

Penyanyi yang popular dengan lagu Kantoi, Zee Avi bakal mengeluarkan lagu terbaru berjudul Who Are U bersempena dengan Hari Malaysia pada Isnin (16 September ini). 

Jelasnya, muzik video tersebut bertujuan meraikan cinta sesama manusia. 

“Saya meraikan cinta sesama manusia menerusi lagu Who Are U. Jika ada netizen nak cakap mengenai lagu atau muzik video tersebut, saya hanya boleh cakap terima kasih sebab melaburkan tenaga untuk menaip komen-komen sedemikian.

“Video tersebut melihatkan kelompok komuniti yang berani mempamerkan diri sebenar,” kata Zee kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video Who Are U di Umai Borneo Cafe, TTDI siang tadi. 

 

Meski yakin akan kewujudan komen-komen nakal dari netizen terhadap muzik video berkenaan, penyanyi kelahiran Sarawak ini tidak kisah terhadap apa yang diperkatakan netizen. 

“Orang nak cakap apa, cakaplah. Pucuk pangkalnya bergantung pada diri kita sendiri untuk bertindak.

“Nak ambil hati dengan kata-kata orang itu terpulang tetapi bagi saya kita perlu lebih terbuka untuk mengendalikan kecaman itu. Mulut manusia susah nak tutup. 

“Semua yang ada dalam muzik video itu pernah kena kecam dalam pelbagai cara, saya pun pernah alaminya,” jelas Zee Avi.

Antara individu yang ditampilkan dalam muzik video Who Are U ialah barisan personaliti media sosial seperti Faizdickie, Nandini, Nalisa Alia Amin dan model Alicia Amin.

 

 

Lagu Who Are U itu merupakan ciptaan sepenuhnya Zee Avi dan muzik videonya mendapat sentuhan teman-teman rapatnya.

Menarik mengenai muzik video tersebut, ia bakal dilancarkan serentak pada sambutan Hari Malaysia 16 September ini.

Malah, Zee Avi turut melancarkan ‘filter Instagram’ khas khusus sempena pelancaran lagu dan muzik video Who Are U.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply