“Kalau Kau Pakai Tudung Mesti Cantik…” – Perkongsian Kisah Cinta Gadis Ini Tarik Perhatian Ramai

FOTO transformasi seorang wanita bersama seorang lelaki sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri menjadi tular di Twitter.

Gambar perkongsian Ain Hurhasmiza Hizamuddin yang dimuatnaik sejak Rabu lalu mendapat 9,100 ulang kicau dan 13,300 tanda suka.

Rata-rata netizen memuji penghijrahan wanita tersebut yang disangka pengkld (perempuan yang berperwatakan lelaki dan mempunyai kekasih sama jantina) kepada wanita sejati.

Namun Ain Nurhasmiza atau lebih mesra disapa Asz tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah pengkld seperti tanggapan ramai.

“Saya sendiri terkejut bila ramai ingat saya pengkld. Dulu saya agak boyish tapi saya bukanlah pengkld. Saya tak ada awek. Sebenarnya saya suka rambut pendek dan pakai macam lelaki sejak dari kecil. Saya berkawan dengan lelaki dan husband saya ni salah seorang kawan saya,” katanya.

Asz dan suaminya berkawan rapat sejak enam tahun lalu.

Menurut Asz, suaminya Kamal Syahizad Sayran, 22, banyak membantu dalam proses perubahan dirinya.

“Dalam banyak-banyak kawan dia yang selalu bagi support untuk berubah. Dia kata kalau kau rambut panjang mesti cantik, kalau kau pakai tudung mesti cantik. Dialah orang yang selalu cakap macam tu.

“Dari situ kami jadi rapat. Saya berubah pakai girlish dalam masa setahun kami berkawan. Ada masa saya kesian juga dekat dia dulu. Setiap kali kami keluar berdua ramai ingat kami g@y sebab waktu tu saya rambut pendek macam lelaki.

Dia pandai ambil hati saya. Kalau dulu saya cuba pakai make up orang akan kata eh kau apahal? Tapi dia lain skit. Dia akan kata kau pakai lipstik cantik apa.

AIN NURHASMIZA HIZMUDDIN

“Saya cuba pakai cekak… dress untuk nampak saya ni perempuan waktu tu. Tapi orang masih ingat dia (suami) g@y dan saya pula diorang kata pengkld. Tapi dia keep on support. Dia juga tak pernah judge saya,” katanya.

Wanita berusia 21 tahun itu berkata dia pernah terputus hubungan dengan suaminya selepas berpindah dari Banting, Selangor sebelum dipertemukan semula menerusi aplikasi WeChat.

Asz turut menjelaskan dirinya bukan pengkld di Twitternya.

“Lepas pindah rumah kami lost contact. Kemudian satu hari tu saya main ‘people nearby’ dekat WeChat cari-cari orang macam Tinder jugalah.

“Tiba-tiba saya dapat greeting dan saya tengok orang tu dia (suami). Kami jadi makin rapat semula dan dia confess masa birthday saya enam tahun lalu.

“Alhamdulillah percintaan kami bertahan sehinggalah kami disatukan sebagai suami isteri pada 25 Januari lalu,” katanya.

Jelas Asz, dia tertarik dengan sikap penyabar suaminya selain mendedahkan lelaki itu pandai mengambil hatinya.

“Sebenarnya saya sendiri pun terkejut jugalah dia mampu bertahan dengan saya. Saya agak kasar juga tapi dia tak pernah give up.

“Dia pandai ambil hati saya. Kalau dulu saya cuba pakai make up orang akan kata eh kau apahal? Tapi dia lain skit. Dia akan kata kau pakai lipstik cantik apa,” katanya.

Foto hari pernikahan mereka pada Januari lalu.

Mengenai posting yang tular itu, Asz mengakui memuatnaik gambar tersebut sekadar untuk suka-suka.

“Saya tengok dekat Twitter ramai buat ‘from this to this’. Jadi saya pun try… why not. Tapi saya tak expect pun akan viral.

“Saya just share untuk suka-suka sebenarnya. Tapi bila balik kerja husband saya cakap ‘awak tengok kat Twitter apa awak dah buat’. Saya terkejut jugalah sebab ramai ingat saya pengkld,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar via CatatanTerakhir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply