“Rutin harian saya berubah 360 darjah” – Rumah tangga Ella dan suaml semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat

KEHADIRANShanome Az Zahra yang kini berusia tiga tahun menjadi lembaran kehidupan baharu buat ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin dan suami, Azhar Ghazali.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 53, berkata kehidupan sehariannya juga berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak setahun lalu.

“Alhamdulillah kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan su4mi sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.

Ella bersyukur dengan kehadiran anaknya, Shanome.

“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan.

“Shanome baru sahaja mencecah usia tiga tahun seorang yang cepat belajar, tapi yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya.

Ella temui semasa majlis sidang media mengumumkan dia sebagai duta untuk jenama pakaian muslimah Sabella di The Love, m4tic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Tipulah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan terutama nak tukar lampinnya.

“Takut terkasar boleh menyebabkan terluka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang dia mahukan sampaikan saya sendiri pun turut menangis sekali,” ujarnya.

Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012, namun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.