Peguam Syarie Buka Rahsia, Ini Senarai Harta Yang Isteri Boleh Tuntut Jika Kem4tian Suami

Isteri yang kehilangan suami ibarat hilangnya tempat berpaut dan bergantung hidup. Selepas kem4tian ketua keluarga, isu pembahagian harta tentu sekali menjadi persoalan penting khasnya jika membabitkan campur tangan mertua dan ipar duai.

Bagi menerangkan persoalan harta ini dengan lebih mendalam, Nona berkongsi penjelasan Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates, Tuan Fahmi Ramli berkaitan isu hangat tersebut.

Kebelakangan ini, bertiup kencang kembali isu berkaitan dengan harta arwah Abam yang katanya disam4n oleh balu arwah terhadap bekas adik iparnya. Rentetan itu, ada yang bertanya kepada saya, sam4n apa tu tuan?

Jawapannya, saya tak tahu sebab saya bukan peguamnya dan media hanya sebut sam4n.

Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates

Walau apa jua sam4n yang dibuat tersebut, perlu kita ingat. Ini perkara biasa sebab nak dapatkan perintah Mahkamah, nak jumpa Hakim, perlulah buat sam4n. Apa yang saya boleh katakan, bila sahaja kem4tian suami, isteri bukan sahaja berhak tuntut Pusaka, bahkan isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian.

Ini adalah hak yang boleh dikira sebagai hutang si m4ti kepada isterinya sebelum diselesaikan pembahagian pusaka. Setelah selesai pembahagian harta sepencarian, barulah diselesaikan pusaka.

Bila keadaan isteri boleh tuntut Harta Sepencarian?

(1) Cera-i

Isteri yang bercerai hidup dengan apa jua jenis perceraian sama ada secara baik, fasakh, tebus talak dan lain-lain tetap berhak untuk tuntut Harta Sepencarian meskipun isteri tersebut disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah Syariah.

(2) Poligami

Jika suami berpoligami, isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian. Sebab itu penting untuk isteri pertama ke Mahkamah Syariah untuk tuntut hak harta sepencarian terus jika suami mohon poligami supaya mendapat terus perintah daripada Hakim.

(3) Kemat-ian

Jika suami meninggal dunia, isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian yang dibeli oleh suami dalam tempoh perkahwinan. Suami juga boleh tuntut Harta Sepencarian yang dibeli oleh isterinya jika isteri yang meni-nggal.

(4) Siapa yang akan jadi Defendan?

Bagi kes pihak-pihak yang masih hidup, tuntutan harta sepencarian akan melibatkan bekas suami dan bekas isteri sahaja. Tetapi bagi suami atau isteri yang m4ti, pihak yang kena tuntut (Defendan) adalah ahli-ahli waris si m4ti termasuklah anak-anak si m4ti yang mungkin masih kecil.

(5) Apa harta yang boleh dituntut?

Semua harta yang dibeli dan diperolehi oleh suami seperti rumah, kereta, saham, syarikat, dan apa sahaja harta lain yang bernilai. Namun, jika harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hibah, harta tersebut tak boleh dituntut sebagai Harta Sepencarian. Ini termasuklah harta yang dibeli sebelum kahwin.

(6) Kalau harta tersebut masih dalam hutang, bagaimana?

Jika harta yang dituntut itu telah diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian, pastinya, harta tersebut akan diperintahkan untuk dijual dan dibahagikan mengikut bahagian yang telah ditetapkan setelah ditolak segala hutang harta tersebut.

(7) Kalau suami sahaja yang beli, tanpa isteri keluar duit?

Tak ada masalah sebab isteri tetap berhak untuk tuntut dengan alasan sumbangan tidak langsung. Contohnya membuat kerja-kerja rumah, menjaga anak dan lain-lain.

Kesimpulannya, tak ada isu pun kalau balu nak tuntut Harta Sepencarian sebelum selesaikan pusaka. Lambat laun perkara ini pasti perlu dilalui. Banyak yang timbul isu pergaduhan keluarga bila masing-masing tak faham tentang hak yang telah ditetapkan Syarak dan Undang-undang.

Semoga penulisan ini membantu wanita-wanita lain yang kebuntuan mengenai haknya. Rileks, baru terima sam4n. Bukannya dah habis ruang keadilan. Semoga kes mereka dapat selesai dengan cara baik. Amin.

“Jatuh & Bangun Adalah Perkara Biasa …” – Anak Abam & Hidayah Dah Pandai Berjalan

Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, berkongsi momen berharga apabila anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pandai berjalan buat pertama kali.

Hidayah melahirkan rasa syukur selepas melihat pencapaian Hamzah yang kini berusia setahun tiga bulan.

“Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan.

“Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh.

“Semoga Tuhan memberkati anda dan membesar menjadi anak yang baik,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hidayah tumpang gembira melihat perkembangan Hamzah.

“@nadia.fitriah: Alhamdulillah, anak soleh dah boleh berjalan.

“@sutera.b: Besar dah duhai anak. Membesar dengan sihat ye sayang. Ramai sayang kamu nak.

“@mama_puspa: Alhamdullah, dah pandai jalan, comel lah Hamzah.

“@mk_tayu: Eh eh ehhhh kemain. Ye dapat kaki. Jenuh laa mama nak ligan pasni,” antara komen-komen yang ditulis.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat dem4m panas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: viwanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.