“Takde Job Langsung, Kereta Tak Bayar, Sampai Abah Belajar Buat Roti Canai” Siti Sarah Kongsi Cerita

Penyanyi yang juga bergelar usahawan kini, Siti Sarah ada berkongsi kisah suka duka kehidupannya sebelum bergelar selebriti dan ahli perniagaan yang berjaya.

Dia dilihat telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana Sarah telah mengimbas kembali nostalgia perjalanan hidupnya membesar di sebuah pangsapuri di Keramat.

Menurut Sarah, dia bukanlah lahir dalam keluarga yang senang dan apa yang dikecapinya kini adalah kerana hasil usaha serta kerja keras.

 

“Ini lah sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat rumah ni. Awal-awak jadi artis pun ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha.”

Tambah isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib ini lagi, bapanya juga pernah menjual roti canai untuk menampung hidup mereka sekeluarga meskipun bergelar anak seni pada ketika itu.

“Tak ada kerja langsung, mengarah atau berlakon, sampaikan kami dah tak mampu bayar kereta. Kerana tanggungjawab besar, hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai.” cerita Sarah lagi menerusi hantaran Instagramnya itu.

Sekadar info, Siti Sarah dan Shuib kini sibuk menguruskan empayar minuman berasaskan madu yang diberi nama Bubble Bee di seluruh Malaysia.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : beautifulnara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.