Amar4n cuaca buruk di Tiga negeri

Amaran cuaca ribut petir serta hujan lebat dan angin kenc4ng dijangka akan berlaku di negeri Pahang, Johor dan Sabah tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia), menerusi satu kenyataan di laman Facebook berkata, antara kawasan yang terlibat di negeri Pahang, Johor, dan Sabah

Tambah MetMalaysia, amaran yang sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 39,562 mangsa banjir daripada 11,629 keluarga yang direkodkan di negeri Pahang setakat pukul 11.40 pagi tadi dan kini mereka ditempatkan di 287 pusat pemindahan sementara (PPS).

Info tambahan, untuk mendapat maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh melayari laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.