Genap seminggu kejadian tr4gis, 2 kali Amir datang dalam mimpi… keluarga angkat maafkan ibu kandung – “Arwah pulang ke rumah ni dan pelvk saya”

“SAYA maafkan ibu kandung arwah Amir.”

Demikian tutur Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meningg4l dunia pada Jumaat minggu lalu, dipercayai akibat did3ra.

Sungguhpun sudah seminggu berlalu sejak peristiwa dvka itu, Norlida masih tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya setiap kali bercerita mengenai anak angkatnya yang sudah dipelihara sejak bayi itu.

“Saya sudah maafkan dia… bukan bermakna mahu dia dilepaskan, namun saya maafkan dia atas perbuatannya itu.

“Kalau betul arwah Amir meningg4l dunia berpunca daripada kedua-dua tangannya, biarlah dia menerima bal4san daripada Allah.

“Jika benarlah dia bersalah, kita serahkan kepada pihak yang berkuasa. Mungkin di dunia dia akan menerima balasannya. Kita hanya perlu doakan agar mendapat hidayah.

“Mungkin nanti dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat, siapalah kita manusia yang boleh menilainya. Hanya Allah sahaja yang berhak menghvkumnya,” katanya kepada mStar.

Norlida (dua, kiri) memeluk erat bantal busuk milik Amir sewaktu tiba di Tanah Perkvburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin.

Bagaimanapun kata wanita berusia 50 tahun ini, dia masih belum mempunyai kekuatan untuk bersua muka sekiranya dipertemukan dengan ibu kandung kepada Amir.

Negara pada minggu lalu dikejutkan dengan berita pemergian Amir yang ditemukan lem4s dalam t0ng air di rumah ibunya di Taman Krubong Jaya, Melaka, dengan terdapat beberapa kesan keced3raan di beberapa bahagian badan.

Hasil bed4h si1asat selama hampir 11 jam dijalankan terhadap kanak-kanak malang tersebut menemui banyak kesan keced3raan di kepala dan belakang badan.

Menurut Ketua Jabatan S1iasatan Jen4yah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman, pihak polis masih menunggu laporan penuh si1asatan berhubung punca sebenar keced3raan tersebut.

Norlida yang sudah pulang ke kediamannya di Rawang, Selangor beberapa hari lalu berkata, dia terlalu sedih apabila melihat setiap pelusuk rumahnya yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah.

Laman sosial milik ibu kandung Amir menjadi sasaran netizen sejak kes kem3tian kanak-kanak berkenaan mendapat liputan meluas media.

“Tapak kakinya ada di setiap genap rumah ini. Tengok semua barang-barangnya, lukisannya, kucingnya yang dipanggil Empok (Tompok) membuatkan air mata saya laju mengalir.

“Tambahan pula beberapa hari lalu, anak saya yang Amir panggil Kak Chaq ada bermimpi arw4h pulang ke rumah ini dan pelvk saya. Dalam mimpinya itu, arw4h hanya senyum tanpa kata apa-apa. Sebaik tersedar dari mimpi, memang dia menangis.

“Sebelum ini Abang Ngah (anak kedua) mimpi dia didatangi Amir. Masa itu kami sedang berharap agar dapat bawa jenaz4h pulang untuk dikebvmikan di Rawang.

“Namun malam sebelum pengebvmian, kata Abang Ngah, arwah datang sambil berkata ‘Abang Ngah buat baik-baik ya, buat cepat-cepat tau. Tolong jaga Umi’. Itu betul-betul buat saya terkesan. Dan kami reda jen4zah Amir dikeb mikan di Melaka,” ujarnya sebak.

Saya sudah maafkan dia… bukan bermakna mahu dia dilepaskan, namun saya maafkan dia atas perbuatannya itu.

NORLIDA ABU HASSAN

IBU ANGKAT ALLAHYARHAM AMIR

Sejak kes tersebut mendapat liputan meluas media, Norlida berkata dia sekeluarga bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada seluruh rakyat yang turut sama terkesan dan berduka dengan kisah Amir.

Namun dalam masa yang sama, wanita berusia 50 tahun ini meminta supaya netizen tidak berterus-terusan melemparkan kec4man kepada ibu kandung arwah Amir.

“Kita belum tahu sama ada dia bersalah atau tidak dalam hal ini. Apa yang perlu kita lakukan ketika ini sebaik-baiknya berdoa untuk dia. Mungkin ini ujian Allah untuk dia.

“Saya dan sekeluarga yang rapat dengan arw4h sudah pun reda dan berlapang dada… jadi minta semuanya juga begitu. Bagi kami, kerana dialah, kami dapat berkasih sayang dengan arwah Amir selama lebih enam tahun,” ujarnya lagi.

Gambar terakhir Norlida dan anak perempuannya, Tuhfah Nazira yang dirakam ketika kali terakhir bertemu Amir, November lalu.

Dalam pada itu tambah Norlida, kes yang menimpa anak angkatnya itu menyunti1k semangat baharu untuknya bergiat aktif memberikan kesedaran mengenai pentingnya setiap orang mengetahui talian khusus bagi melaporkan kes d3ra membabitkan kanak-kanak.

“Sebagaimana talian 999 untuk kes kecem4san, begitulah juga satu talian khusus diperlukan dalam kes seumpama ini. Kalau boleh, promosikan secara meluas agar semua orang tahu mengenai talian ini.

“Saya sendiri mahu ke depan kerana inilah matlamat saya… menyebarkan kesedaran mengenai kasih sayang kepada semua,” katanya lagi.

Untuk rekod, ibu kandung dan bapa tiri Amir sedang ditahan reman untuk membantu siasatan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.