Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Begitu juga dengan pelakon, Lufya Omar.
Lufya ketika ditemui melalui Gempak menyatakan hasrat ingin membesarkan anak tunggalnya menjadi seorang yang berilmu tinggi dalam agama dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
“Saya tidak mementingkan populariti anak, tapi lebih inginkan pendidikan dan agama.”
“Saya mahu dia menjadi seorang yang berpengetahuan tinggi dan mengetahui tentang ilmu Islam, kalau boleh saya mahu dia menjadi seperti tokoh ilmuan agama Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
“Soal populariti itu akan datang sendiri. Jika dia popular, namanya tetap akan menjadi tumpuan ramai.”
Tambahnya lagi, dia sendiri sedang mendalami ilmu agama agar dapat membimbing anaknya dengan baik kelak.
“Jika saya ingin dia membesar menjadi orang yang berguna, saya sendiri harus memulakannya dulu.”, ujarnya.
Sumber: Instagram Lufya Omar, Gempak
Leave a Reply