Petanda Bahawa Anda Sebenarnya Bukannya MALAS Tapi Seorang Yang GENIUS

Pernah tak menghabiskan berjam-jam di atas katil merenung siling, atau ada hobi bercakap dengan diri sendiri dan melakukan perkara yang anda mungkin akan kesali kerana mengabaikannya selepas itu? Adakah anda pernah menghabiskan selama berhari-hari menonton siri televisyen kegemaran anda berulangkali?

Jika anda pernah menghabiskan seharian tanpa melakukan sesuatu. Ya! Anda secara rasminya seorang yang pemalas, mengikut tafsiran ibu bapa anda dan dunia.

Tetapi, rupanya kekurangan anda untuk memotivasikan diri dan tingkah laku lembap menjadikan anda seorang yang sangat pintar atau kreatif. Jadi, anda mungkin tidak menjadi seorang pemalas sama sekali tetapi genius.

Bercakap dengan diri sendiri

Pakar mencadangkan bahawa berbuat demikian membantu anda menumpukan perhatian, menetapkan fikiran anda yang kemudiannya membawa kepada kejayaan yang diingini.

Tak ramai kawan

Orang kurang berinteraksi kurang tekanan dan kebimbangan kerana lebih banyak masa menumpukan kepada kesejahteraan diri dan matlamat.

Berpura-pura tak buat apa-apa

Walaupun kelihatan anda seperti tidak melakukan apa-apa, sebenarnya anda tidak bekerja kerana, sebagai genius, anda mempunyai terlalu banyak idea dalam fikiran anda.

Mengambil masa

Untuk sesetengah orang, bekerja melakukan satu pekerjaan sahaja pada satu masa dan bukannya multitasking mungkin kelihatan malas. Hakikatnya, orang malas mengambil masa membuat pekerjaan yang dilakukan agar betul sudah tentunya.

Berserabut

Kerana sikap malas seseorang, berkemungkinan dalam bab kebersihan diri mereka sendiri tak terjaga. kacau bilau membolehkan anda untuk keluar daripada tradisi dan menemui perkara baru, cara-cara yang tidak konvensional untuk melakukan sesuatu. Memang genius.

Doodling

Adakah anda mendapati diri anda suka melukis secara rawak apabila nampak sekeping kertas di hadapan anda? Doodling membantu orang ramai tampil dengan konsep baru, memberi perhatian kepada perincian dan menyimpan maklumat.

Sambil lewa

Sebagai seorang yang pemalas, anda boleh mengendalikan kehidupan seharian walaupun seteruk mana, dan melakukannya dengan tenang menyelesaikannya dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, berbaring lapar kerana anda terlalu malas untuk makan sesuatu merupakan kemahiran yang hebat.

Memberi tugasan kepada orang lain

Anda tidak malas, anda adalah seorang pemimpin yang tahu bagaimana untuk memberi tugas berpasukan agar tugas selesai lebih cepat.

Cekap

Anda terlalu malas untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu dilakukan dan tidak masuk akal. Sebagai seorang genius, anda mencari jalan pintas untuk melakukan sesuatu perkara yang akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Tidur sebentar

Otak kita adalah organ yang akan letih dan perlu sedikit rehat agar dan berfungsi pada potensi terbaik. Jadilah bijak dan tidur petang: ini membuatkan anda sentiasa segar dan bijak!

Pada zaman teknologi kini yang maju, kelihatan seolah-olah semua orang sentiasa sibuk dan produktif. Bukan sahaja ada beberapa teknologi baru yang memudahkan pekerjaan, terdapat juga laman media sosial untuk menunjukkan semua apa yang anda telah lalukan dan berkongsi maklumat.

Tetapi, jika anda tidak mahir tentang teknologi,dan alat gajet terkini, yakinlah bahawa anda tetap seorang yang produktif dan cemerlang. Anda masih boleh bermalasan dan menjadi genius.

Sumber: Providr

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Soya Lemon Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.