“Isteri Adalah Teman Di Dunia & Juga Di Akhirat. Jangan Zalimi Insan Istimewa Ini “- Ebit Lew

Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama. 

Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.

Bagi sesiapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.

 

View this post on Instagram

 

Bidadariku, selamat hari lahir sayang. Terima kaseh yer sudi menemani perjalanan di dunia yang sementara ini dalam menuju kehidupan selamanya di sana nanti. Redha Allah. Bidadariku, melihatmu menyejukkan hati abang. Memegang tanganmu membuat rasa syukur. Cian sayang selalu penat dan selalu berkorban siang malam. Dari mula nikah sehingga hari ini . Setiap malam dan lepas solat Fardhu abang sentiasa sebut nama bidadari sayang dalam doa abang. Ya Allah inilah bidadariku. Betapa diriku sayang padanya. Berkali-kali jatuh cinta padanya. Sayangilah dirinya ya Allah. Tengok saat bersalin jatuh cinta. Saat menemani masak rasa jatuh cinta. Teman lipat kain jatuh cinta. Berjalan dekat pasaraya cari sudut berdua untuk bercinta. Dalam kereta memegang tangan rasa bercinta. Dapat buka tutup pintu kereta untuknya rasa jatuh cinta. Saat demam dan sakit saling menemani rasa jatuh cinta. Saat berdakwah dan sedih sama-sama doa menangis jatuh cinta. Jatuh cinta masa sama-sama buat Ta’lim. Jatuh cinta masa sama-sama lapar dan susah demi agama ini . I love u sayangku bidadari. Tenkiu yer bidadariku. I love u sayang. I love u bidadariku. Selamanya. Luv u till jannah. Sebak rindu sayang padamu dunia dan akhirat. Terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh ya Allah atas anugerahmu ini-ebitlew 17/6 Birthday bidadari tercinta . www.keluargasunnah.com #tourkeluargasunnah #oktober

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.

Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri.

Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.

Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak.. Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer.. Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer..ish..takperlah

Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz..saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.. Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu.. Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal..Sampai dekat rumah dah lewat juga.

Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.. Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang..i love u too sayang bidadariku.sedih..

Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah..Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga.

Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik-ebitlew

 

View this post on Instagram

 

Doa seorang isteri yang ajaib. Allahuakbar. Saya tak dapat tahan lagi rasa sebak dan menangis. Rasa syukur pada Allah. Benar-benar terkesan perjuangan seorang kakak ni. Berkahwin dan membawa seorang suami seorang tentera. Asalnya bukan Islam kepada Islam. Beliau sentiasa berusaha membawa suami ke jalan Allah. Bersabar dan berdoa sehinggalah baru ini Allah kabulkan doanya. Hidayah bila hadir tiada siapa boleh tahan. Ia datang begitu sahaja. Akhirnya Allah beri kekuatan. Dihujung program keluargasunnah suaminya menangis tak berhenti dan rasa syukur dapat hadir walau awalnya dipaksa. Terus pergi kepada isterinya memeluknya dengan erat mengucap terima kaseh dan ucapan syukur. Allahuakbar. Tahniah kakak. Tahniah abang. Abang hebat kerana ucap begini-ebitlew #keluargasunnah #perbaikiDiri #www.transformjiwa.com #prokidsKemCutiSekolah

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat.

Kredit: Instagram Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Kashoorga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.