Tahniah! Zahirah MacWilson Selamat Bergelar Isteri Aiman Hakim Ridza Dengan Sekali Lafaz

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.00 malam pada Khamis.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainol MacWilson.

Pada majlis yang diadakan di Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Damansara itu, Zahirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis yang dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pihak pengurusan, teman-teman rapat dan rakan media.

Zahirah Macwilson atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol meluahkan rasa bersyukur apabila majlis yang dirancang selama lebih kurang enam bulan itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu-tunggu. To be honest, saya agak nervous sejak beberapa minggu menjelang majlis ini, dan Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya berasa sangat gembira dan sangat besyukur kepada Allah SWT,” katanya.

Sementara Aiman Hakim atau nama lengkapnya, Aiman Hakim Ridza Abdoh juga turut menyatakan rasa syukur dan gembira tidak terhingga kerana akhirnya dia dan Zahirah selamat disatukan sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah saya kini bergelar suami dan kini bermulalah tanggungjawab saya untuk isteri, keluarga saya dan keluarga isteri saya.

“Saya berharap kalian doakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ianya kekal sehingga ke Jannah,” terang Aiman.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 lalu selepas 7 bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta.

Pasangan Raja Sehari tersebut bakal diraikan dalam majlis resepsi besar yang dikongsi bersma kedua dua belah pihak keluarga pada keesokan harinya di GalamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Majlis akad nikah yang berlangsung malam tadi turut mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings yang bertemakan Rustic.

Pada majlis malam tadi, Zahirah menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus dan ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire yang bernilai lebih kurang RM1,000,000.

Solekan wajah yang lembut dan indah disolek oleh Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, Pelakon dan juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.

Sementara itu, majlis Malam Berinai Zahirah Macwilson yang telah berlangsung malam semalam, menjadi perhatian di media sosial dengan rata-rata memuji kecantikannya yang diibaratkan persis bintang Bollywood.

Zahirah kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan disempurnakan lagi dengan solekan Nurul MF dan dandan rambut oleh Mei Choi.

Majlis Malam Berinai yang diadakan secara tertutup itu diadakan di Quill Mall Convention Center di Ibukota Kuala Lumpur dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.