Nora Ariffin Akui Bukan Mudah Jalani Hidup..-“Semoga isteri2 yg ditinggalkan suami…kuat dan REDHA dgn ketentuan Allah.”

Penyanyi Nora Ariffin menerusi laman instagramnya mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang wanita yang berstatus balu.

Menurutnya lagi,  Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 47, berkata disebabkan statusnya itu, dia sering dipandang hina.

“Tidak ada seorang perempuan pun yg mahu kematian suami. Tidak ada seorang anak pun yang mahu menjadi anak yatim, terutama sekali diusia yg kecil…Berat mata memandang…Berat lagi bahu memikul.Sekadar berkongsi…”

“Saya pernah di hina kerana status seorang BALU.”

“Pelbagai kata2 nista. Hanya kerana saya seorang ibu tunggal yg terpaksa berdikari setelah kematian suami. Anak saya, anak2 yatim….juga pernah merasai bagaimana dipanggil sbg anak yg TAK CUKUP KASIH SAYANG….. MERAIH SIMPATI….dan lain2.”

“Sesungguhnya….Hanya Allah yg tahu. Sedekahkan Al- fatihah buat semua yg telah pergi. Bertabah lah dgn ujian hidup.”

Menerusi perkongsiaan yang dimuat naik Nora, nyata mendapat pelbagai respon yang bersetuju dengan apa yang disuarakannya serta ada juga berkongsi kisah mereka.

Sekadar info, Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama yang dilaporkan meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Dua tahun kemudian, Nora kemudian kehilangan anak lelakinya, Muhammad Syakir Alif Johan yang pergi secara mengejut pada Disember lalu.

Sumber : Instagram Nora Ariffin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Teh Tarik Kaw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.