Mira Filzah Habiskan RM12,500 Untuk Kos Rawatan Gigi..

Pelakon Bintang Popular Mira Filzah mendedahkan pernah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata ia disebabkan tidak konsisten dan berdisiplin sehingga giginya bergerak semula.

Menjawab soalan yang ditanyakan oleh netizen di Insta Story, Mira berkata dia terpaksa berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menjalani rawatan tersebut berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin. Katanya lagi, dia sudah menghabiskan RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.

“OMG OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa emm tingkatan empat atau lima macam tu. Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik.

“Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi.

“Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka. Tidur pun kena pakai. Eeee.

Dalam pada itu, Mira berkata pemakaian pendakap gigi memerlukan komitmen yang tinggi. Meskipun disarankan oleh doktor untuk memakai aligners, bagaimanapun Mira seolah sudah mengalah.

Apa2 pun Min tengok gigi Mira ni dah cantik dah.. semanis senyuman tuannya…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.