Hayder Qhalish permata hati Eyra, Haziq

ALHAMDULILLAH : Selepas 21 jam bertarung dalam wad dan dewan pembedahan, pelakon Eyra Hazali, 21, selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan di ibu kota, jam 2.18 petang, semalam.

Bayi dengan berat 3.25 kilogram itu menjadi tanda cinta Eyra bersama bersama penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram, Haziq berkongsi foto dan nama bayi mereka, sebenar tadi.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 14.08.2020 14:18pm !! Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam keluarga kecil kami @eyra.hazali semoga keluarga kecil kami dilindungi dan diberkati Allah🙏🏻🙏🏻 Thank you so much sayang @eyra.hazali

A post shared by MUHAMMAD HAZIQ BIN NADZLI (@haziqnadzli) on

“Alhamdulillah, 14 Ogos 2020, jam 2.18 petang, Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam keluarga. Semoga keluarga kecil kami dilindungi dan diberkati Allah,” kata Haziq menerusi kapsyen yang ditulis.

Sementara itu, Eyra berkata, dia bersyukur semuanya selamat biarpun mengambil masa hampir 24 jam bertarung.

“Alhamdulillah, biarpun makan masa lama, semuanya dipermudahkan.

“Impian saya nak bersalin normal jadi kenyataan,” katanya

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Eyra mengambil cuti berlakon setahun untuk menumpukan perhatian pada anak dan suami.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.