“Aku Men4ngis Dengar Doa Ustaz” – Kemunculan Menteri Agama Di MeleTOP Buat Ramai Seb4k

Program MeleTOP yang berlangsung malam tadi mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir sebagai tetamu jemputan.

Kehadiran Dr Zulkifli disambut oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara.

 

View this post on Instagram

 

Pesanan daripada YB @drzulkifli.albakri , sesiapa nak buat posting di sosial media kena ada etika, faham apa yang nak disampaikan & kita kena ada ilmu. #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Menerusi program yang berlangsung malam tadi, Dr Zulkifli dilihat banyak memberi mesej dan nasihat bermanfaat kepada orang ramai terutamanya mengenai erti penghijrahan.

Malah, Dr Zulkifli turut menjelaskan tujuan sebenar dia bersetuju untuk muncul dalam program MeleTOP.

“Saya mahu orang tengok Islam ini mereka sayang bukan takut. Saya nak orang suka, sebab itu saya ok bila nak masuk MeleTOP.

“Saya mahu gambarkan Islam ini sesuai di semua keadaan,” katanya.

Bagi yang terlepas untuk menonton program MeleTOP semalam, anda boleh lihat video penuh di YouTube di bawah.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata memuji konsep yang diketengahkan MeleTOP minggu ini.

Ada yang gembira, namun tidak kurang juga yang seb4k apabila melihat susun atur kata-kata menteri yang tersusun dan sangat menjaga adab.

Untuk makluman anda, program MeleTOP bersiaran setap Selasa jam 9 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.