Video ayah masak ketvm: Ibu murid nafi sebarkan video

“SAYA tidak g1la untuk a1bkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.

“Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tul4rkan, jadi saya mohon hentikanlah menul4rkan video itu dan mengec4m dengan pelbagai tudvhan palsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan,” kata guru yang dikec4m kerana pengakuan seorang murid tentang kemahiran bapanya memasak air ketvm dalam sebuah sesi pembelajaran di kelas.

Guru wanita berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu S itu memohon ins1den itu tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

“Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.

“Saya tidak mahu membuat laporan p0lis kerana tudvhan palsu dilemparkan kerana tidak mahu mengervhkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menjelaskan ins1den terbabit, Cikgu S berkata, rakaman video itu dibuat ketika sesi pendidikan kesihatan tahun satu di sekolah rendah di utara tanah air, pagi semalam.

Katanya, pada 7.40 hingga 8.10 pagi semalam, dia masuk kelas tahun satu untuk mengajar pendidikan kesihatan menyentuh topik peranan ahli keluarga.

“Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya selain mak, siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak?

“Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tu4r ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketvm tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketvm itu bukan sesuatu yang elok,” katanya.

Katanya, dia sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakamkan jawapan sama diberikan kanak-kanak itu sebelum berkongsikannya kepada ibu murid terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana g3li hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata.

“Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketvm.

“Selepas tamat sesi pembelajaran itu, saya hantarkan video terbabit kepada ibunya sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka,” katanya.

Menurut Cikgu S, dia terperanjat apabila ibu murid terbabit menghubunginya pada malam tadi mendakwa video terbabit tu4r.

“penul4ran video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit.

“Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memf1tn4h sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.

“Saya anggap ini cabaran sebagai seorang pendidik dan menjadikan ins1den ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berwaspada di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu tul4r rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketvm.

Ia mendapat kec4man pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penul4ran video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.