Lepas“F*** Cikgu” ,kali ini aksi pelajar buang buku teks pula buat ramai geram

Tidak dinafikan bagi pelajar yang sudah mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mereka boleh menarik nafas lega kerana berjaya menghabiskan sesi persekolahan seperti mana yang ditetapkan. Lazimnya, mereka akan meraikan ‘kejayaaan’ dengan mempraktikkan tradisi yang sering dilakukan oleh mana-mana pelajar sekolah yang lain dengan menconteng baju sendiri.

Hal ini disebabkan, mereka tidak lagi perlu memakai uniform tersebut dan bebas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Walau bagaimanapun, menerusi foto yang dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain membuatkan rata-rata warganet berasa ger4m melihat ‘telatah’ pelajar tingkatan lima ini, yang disifatkan sebagai biadab.

Pelajar milenial

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat dua baju pelajar sekolah yang dic0nteng dengan perkataan kes4t. Bukan itu sahaja, logo perkataan tersebut juga dipercayai ditujukan kepada guru mereka. Perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku kerana guru merupakan insan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya dalam menyampaikan ilmu kepada anak watan.

Guru mana yang tidak sedih, setelah berpenat lelah mencurahkan ilmu demi memastikan anak didiknya berjaya pada masa depan. Namun, hasilnya cukup mengecew4kan!

Adik-adik adalah pewaris Bangsaku.. ‘F*c* Cikgu’ bagai gelap masa depanmu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik. Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidikmu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku.

Jelas lelaki itu, dia menggesa supaya pelajar-pelajar sekolah ini kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepada guru mereka. Mungkin terlampau teruja, sehinggakan mereka lupa jasa hakiki seorang guru dan meraikan ‘kebahagiaan’ mereka dengan sedemikian rupa.

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh hampir 2k pengguna Facebook dan meraih ratusan respon. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengec4m tindakan pelajar ini yang disifatkan biad4b dan sama sekali tidak menghormati guru mereka.

Pada masa yang sama, kejadian seumpama ini menjadi peringatan kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak mereka dalam menghormati orang lain terutamanya insan mulia iaitu cikgu. Benar lah, pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Buang buku teks pula

Astaghfirullahal’aziiiiim… Allahu Robbi, istighfar panjang admin tengok video ni… Ya Robbi, mengapa sampai begitu sekali KEBEB4LAN mu wahai bebudak SPM? Apakah engkau berbangga dapat buang buku teks ke dalam sungai kerana dah habis periksa SPM?

Kesian sungguh dengan bebudak SPM ni, apakah kepada golongan seperti ini yang nak kita wariskan negara tercinta ini? Namun demikian, admin percaya bebudak SPM ni sebenarnya cuba melakukan sesuatu yang berlainan utk menyatakan betapa BELENGGU belajar sudah habis buat mereka.

Dan salah satu caranya ialah berkongsi cara yang unik utk menyatakan kepuasan bila sudah tidak terikat lagi dengan alam persekolahan buat sementara waktu. Mereka mencari keseronokan segera dan berkongsi pengalaman ini di medsos mungkin lebih mudah utk dapat perhatian…

Jom tonton…

Antara komen komen netizen
Che Marliza Izati – Tak tau la buku tu sekadar buku rujukan/nota biasa or mmg buku teks….tp perlu ke buang lam sungai???….nk buat simbolik abis blaja ke apa ni? …panjang lg perjalanan dik oiii …adik2 yg lain jgn tiru aksi ini yer…..nk buat tik tok joget2 buat la tp jgn buat benda x beradab cam ni….doa smoga adik ni insaf lah cpt2…

Puan Zuera – Demi content media sosial, sanggup campak buku macam tu.. Apa ingat abis periksa spm dah besar sangat, dah penuh ilmu kat dada ke? Jauh lagi perjalanan tu..
Biadap… Saman dia sebab buang seuatu kat sungai.. Ingat dah cukup hero la buat content macam ni  buku pun guna duit mak bapak.. Mak bapak beli buku nak bagi anak pandai.. Dapat anak bebal, di buang nya ilmu.. Small small not die, big big trouble people

Liana Nadia Samsuddin – Membazir,buku tu boleh bagi pada org susah yg ada anak spm taun depan.biadap terhadap ilmu.mcm mana ilmu nak berkat kalau kita tiada hormat pada ilmu.baca mcm mana para ulamak hargai guru & ilmu.bukan buang kitab dlm sungai! dan juga mencemarkan alam sekitar!! Macam mana longkang sungai apa semua tak kotor,kalau ini perangainya! Awak ke yg nak bersihkan sungai tu nanti? Sampah tersumpat apa semua.mcm mana banjir kilat tak menjadi2,kalau semua org buang sampah merata!

Nor Aina – Kalau endingnye begini dik. Baik dari awal jgn sekolah, mak ayah susah payah cari duit bayar yuran. Bila engko dah masuk umur 18tahun ke atas engko kenal la ape itu erti hidup . Akak sekadar pesan ..

Faizal Baharudin – Bezanya bdk2 dlu dgn skg.. Dlu buat jahat pn xde la bodoh mcm ni.. Skg ni kna tunjuk, kena rakam..baru nmpk hebat, ganas.. Bdk2 skg dh la x hensem mcm kami bdk2 80an,90an dlu.. Bebal plak tu.. Apa la nasib dpt generasi mcm ni

Wan Amzar Arsyad – Abang nie, dik.. Walaupun dah bertahun tinggal alam persekolahan tapi still banyak buku2 nota masih tersimpan kemas di rumah.. Terlalu sayang nak buang. Byk kenangan dan ilmu dipelajari daripada buku2. Hargailah ia , dik.

Mohd Danial – Zaman lepas spm aku dulu berebut2 nak bagi buku2 kt junior sebab dah habis paper. Punya la respect kita dengan ilmu. Hadis nabi tentang 3 amalan yg pahala nya tidak akan putus, sedekah, anak yg soleh, ilmu yg dimanfaatkan, which is ilmu yg kita pass kepada org2 lain dan dimanfaatkan. Budak2 zaman now siap campak buku dlm sungai terus. Sgt kurang adab.

Mohammad Faris Zakaria – aku dulu buku teks kne beli sdiri.. lps hbs skolah aku sedekahkan buku teks tu kt bdk junior.. skrg dh jd cikgu dh bdk junior tu & mendidik generasi sterusnya.. dgn buku ilmu tu semoga dpt la aku menyemai benih pahala yg berpanjangan..

Syah Akustika – Klau kecam nanti org ckp msa dpn dia kita x thu..tp klau prngai mcm ni,,x ada adab,jd contoh yg x elok pd budak2 lain yg tgok..dia budak yg rosak otak ni..klau berjaya pun jnis yg mkn rasuah…berjaya dlm hdup tp adab x ada..tetap gagal..

Siti Zakiah Abdul Rahim – Kalau ank aku buat mcm ni.. aku tampo smpai tteleng kepala tu.. sakit pulak hati tgk org baling² buku. Ilmu kot.. pastu ingat mak pak beli buku tu guna bulu kot. Susah payah cr duit nk bg ank bljr. Tp ank jd makin x guna.

Nani Rifhan – Ni la bezanye bdk zaman teknologi dgn bdk zaman tanpa teknologi…bdk2 80an ,90an ambil jgk spm tapi takdela buat mcm2 perangai biadap….

Mohd Aliff Asyraf – Sejahat senakal aku dimasa umo ko dulu dik…aku x penah buang buku² skola yg aku pelajari dulu…aku x penah menghina cikgu² aku dulu dgn menconteng pada baju skola…aku nak tengok sejauh mana ko boleh hidup selepas ni….semoga berjaya la dikau di masa kelak…

Hannah Meirion – Buku spm anak aku masih simpan elok, ada yg bagi kat orang..series aku tak tergamak kot nak buat mcm ni..buku itu ilmu, nak buat sehelai mukasurat pun berperah otak..
Agak2 la adik kalau nak glamer pun demi sebuah content. Biar tak pandai, janji jaga adab.

Tun Art – harap masa depan ko cerah la dik.. dpt keje elok, bleh bantu mak ayah.. bleh bantu masyarakat… andai gelap masa depan ko.. ko muhasabah la diri duk bucu katil renung2 apa ksilapan ko masa lalu.. simpan leklok video ni k..

Sumber info roadblock/olahan RJ

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.