Selepas 5 jam bersama Isa Khan beri keterangan kepada polis, ini kata2 Risteena

PASANGAN pengantin baharu Isa Khan dan Risteena yang mencetuskan pertikaian awam berhubung kononnya menyalahgunakan kebenaran merentas negeri ke Tawau, Sabah muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada Jumaat untuk diambil keterangan.

Mereka dilihat memasuki IPD sekitar pukul 11 pagi sebelum beredar kira-kira pukul 4 petang, dengan menaiki sebuah kereta Audi yang tertera ‘sticker’ bertulis Isa X Ris di bahagian sisi.

Usaha wartawan mStar untuk mendapatkan kenyataan kedua-dua pasangan ini bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka mengelak untuk ditemubual.

“Sorry I nak balik… sorry eh,” kata Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, ringkas sebelum memasuki kenderaan.

Suaminya Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, juga tidak memberi sebarang reaksi selepas lima jam diambil keterangan.

Sebelum ini mStar melaporkan mengenai kebimbangan ramai selepas pasangan berkenaan berkongsi foto dan video saat bersuka ria seolah-olah sedang menikmati bulan madu di pulau peranginan di Sabah.

Orang ramai mula mempersoalkan mengenai status kebenaran rentas negeri pasangan itu selepas salah satu foto yang dikongsikan tertera perkataan ‘honeymoon’.

Bagaimanapun mereka menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya memaklumkan perjalanan ke Sabah adalah atas urusan kerja dan mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki di Balai Polis Setapak pada 20 Mac lalu.

Antara luahan netizen di Twitter mengenai perjalanan rentas negeri Isa dan Risteena.

Justeru polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac.

Bagaimanapun Ashari berkata kini polis menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan sama ada wujud unsur salah guna kebenaran rentas negeri bagi tujuan selain yang dinyatakan mereka sebelum ini.

Ujar Ashari lagi, jika pasangan berkenaan didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.