“Jangan drama sangat hidup ni” Shiera mula bersuara status depr3si dihidapi Sharifah Sakinah – justbdallnews

Pelakon popular, Sharifah Sakinah tampil berkongsi mengenai penyak1it Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya.

Sakinah berkongsi perkara itu dalam program Hard To Heart kendalian Datuk Aznil Nawawi yang akan memulakan tayangan malam ini.

Menurut Sakinah, bekas suaminya pernah membawa dia berjumpa pakar sakit mental untuk mendapatkan nasihat dan perubatan yang sepatutnya.

“Saya berjumpa pakar sakit ment4l dalam dua tahun lepas, dan doktor mengesahkan saya menghidap ADHD.

“Ketika itu, bekas suami saya yang mula-mula nak bawa saya berjumpa pakar saki1t ment4, setelah itu, saya lega dan sedar yang sebenarnya saya tidak normal,” katanya.

Dalam pada itu, pada episod ini Sakinah memberitahu dia nekad untuk berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di luar negara.

“Sorry Girl, PakNil Pun Mungkin ‘Terjudge’ You Sebelum Ini…” – Datuk Aznil Mohon Maaf Pada Sharifah Sakinah

Bicaranya mampu melembutkan hati yang keras. Bukan sekadar bijak berbicara, namun dia juga adalah seorang pendengar yang setia. Itulah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Melihat beliau sebak ketika berkongsi sedikit daripada program bual bicara terbaharu ‘Hard to Heart’ bersama Sharifah Sakinah di Instagram miliknya, Gempak mengambil peluang untuk bertanyakan jiwa dan rasa pengacara yang disegani itu apabila mengendalikan program bual bicara tersebut.

“Ada rasa berdebar sebab saya akan menemubual personaliti mengenai soalan yang mungkin terlalu peribadi untuk mereka kongsikan secara terbuka.

“Saya tidak mahu soalan itu ditanya dalam bentuk provokatif tetapi lebih suka ia lebih berbual hati ke hati. Saya rasa sangat terharu apabila kesemua tetamu yang datang memberitahu saya bahawa mereka bersetuju sertai bual bicara ini kerana saya pengendalinya.

Saya sangat terharu dan berterima kasih,” terang Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan PakNil.

Tambah PakNil, rancangan ‘Hard to Heart’ sangat berbeza daripada program bual bicara yang pernah dikendalikannya kerana dia lebih bertindak sebagai seorang abang atau ayah.

“Perkongsian mereka tak nampak kaku dan saya sendiri sangat menjaga perkataan agar saya lebih disenangi.

“Program ini juga tidak disediakan soalan khusus jadi tetamu berborak ikut keselesaan mereka. Dari perbualan itu muncul soalan ingin tahu dari saya,” jelas PakNil.

Ditanya tentang pengalaman yang dikutip sendiri daripada program tersebut, ini penjelasan PakNil.

“Program ini banyak mengajar saya tentang menjaga aib orang. Saya tidak mahu mendesak jika mereka tak selesa.

“Saya tidak mahu ia diperkatakan kerana menjadi kontroversi tetapi lebih suka ia menjadi pengajaran,” kata PakNil.

Datuk Aznil juga memohon agar penonton dan peminat supaya tidak membuat penilaian terlalu awal terhadap cerita-cerita kontroversi yang melanda artis.

“Kita jangan menilai seseorang terlalu awal atas cerita kontroversi yang melanda mereka.

“Kita beri ruang kepada personaliti utk membuat pencerahan dan kita pinjamkan telinga kita untuk mendengar. Saya juga buat silap dalam menilai mereka dan program ini juga mengajar saya,” kata Datuk Aznil kepada Gempak mengakhiri bicara.

Rancangan bual bicara ‘Hard to Heart’ akan mula bersiaran pada setiap malam Khamis bermula pada malam ini, 18hb Mac, 2021, pukul 11 malam di saluran Astro Ria dengan selebriti jemputan pertama, Sharifah Sakinah.

Selain daripada Sharifah Sakinah, selebriti lain yang turut menjadi jemputan adalah Nabila Huda, Bella Astillah dan Aliff Aziz serta Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

“Jangan drama sangat hidup ni!” – Shiera kurang pasti status anxi.ety, depre.si dihidapi Sharifah Sakinah

PENYAMPAI Radio Sharifah Shahirah memberitahu dia kurang pasti mengenai tahap keseri.usan mas4lah kesih4tan ment4al yang dihidapi adiknya iaitu Sharifah Sakinah.

Ujar Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, adiknya kurang berkongsi masalah peribadi kepada keluarga sendiri.

“Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri.

“Dia dah besar kot, dia ada ment4l ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat… tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara, ” katanya kepada mStar.

Pada 18 Mac lalu, Sharifah Sakinah berkongsi bingkisan video temu bual bersama pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkenaan masalah kesihatan.

Malah Sakinah memberitahu dia akan menetap di luar negara bagi menjalani rawat4n peny4kit yang dihidapinya.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired. Dikenali sebagai Sharifah Sakinah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 28 Mei 1989.

3. Merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

4. Dua kakaknya juga merupakan anak seni iaitu pelakon Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Sharifah Haslinda / Lynn dan pelawak Sharifah Shahirah.

5. Mula menempa nama selepas membintangi sitkom Hotel Mania pada 2010.

6. Antara drama dibintanginya seperti Dottie, Ana Lu’lu, Benci Vs Cinta, Yem Rempit, Isteri vs Tunang, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series, My Coffee Prince, Selafaz Cinta dan Voice Note.

7. Termasuk telefilem Bimbi & Bonnie, Kubur Berdarah, Kulit, Wau Kasih, Fatonah Azali, Rumah No. 10, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Bini Aku Dari… dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ular, Pekak, Kimchi Untuk Awak dan Rise: Ini Kalilah.

9. Pemegang trofi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014.

10. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 2014. Mereka menyambut kehadiran cahaya mata bernama Anais Adha pada 24 Mei 2017.

11. Terlebih dahulu, dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ahmad Albab yang juga anak sulung kepada pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

Rancangan ‘Hard To Heart’ merupakan sebuah program bual bicara yang dikemudikan pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Menampilkan temubual bersama selebriti-selebriti ternama, para tetamu yang hadir bakal berkongsi kisah jatuh bangun mereka sepanjang menceburi dunia hiburan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.