Suami Jadi PA Masa Shooting, Intan Ladyana ber@ng dituduh Honeymoon Di Langkawi

Difahamkan, kini pasangan selebriti iaitu Intan Ladyana dan Harris Alif sedang berada di Pulau Langkawi bagi menjalankan penggambaran drama di sana.

Namun, ada pula segelintir netizen menuduh Intan sengaja membawa suaminya bersama ke set penggambaran untuk makan angin di sana.

Terbaru, menerusi laporan Gempak, Intan tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai keberadaan mereka di Pulau Langkawi ketika ini.

Di Instagram, pelakon cantik ini berkongsi beberapa foto kelihatan berada di sebuah set penggambaran yang dijalankan di Pulau Langkawi.

Intan turut menjelaskan tujuan utama dia membawa Harris ke sana sebagai ‘pembantu peribadi’ untuk menguruskan dirinya sepanjang penggambaran berjalan.

Apa bezanya kalau bawa PA, pengurus atau keluarga untuk menolong saya shooting kat Langkawi? Bawa orang lain boleh je.

Kenapa kalau bawa suami jadi satu isu? Siapa nak drive untuk saya? Siapa nak bawa beg atau belikan makanan untuk saya? Saya tak boleh guna runner untuk tujuan peribadi.

Intan sebelum ini dilihat memberi respon terhadap isu berkenaan di laman Twitter dan menjelaskan peranan Harris sepanjang mengikuti dia ke set penggambaran. Intan turut menasihati orang ramai supaya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

Kasihan, nak bash orang tapi tak buat research dulu. Kang kata bodoh, marah…

Sumber: Gempak

Via https://ohbulan.com/suami-jadi-pa-masa-shooting-intan-ladyana-nafi-pergi-honeymoon-di-langkawi

Artikel Sebelum nya

PASANGAN selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Acara akad nikah Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dan suaminya disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa lega serta bersyukur apabila acara pernikahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Intan dan Harris dinikahkan di pejabat Jawi.

“Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

“Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,” kata Harris kepada mStar.

Bagaimanapun, pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Acara tersebut turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Pada majlis itu, Harris, 22, menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP ditetapkan.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.

Sementara itu, Intan berkongsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/02/05/intan-ladyana-kini-sah-isteri-harris-aliff-akad-nikah-berlangsung-ikut-sop-di-jawi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.