Tervk Dis1ndir Ibu Mertua, Sekali Ini Reaksi Slamber Suami Hannah Delisha

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, 25, sekali lagi menegaskan hal berkaitan keluarga adalah hal privasi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Mahu menjaga ai.b, pelakon filem Langsuir ini bagaimanapun turut mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.

“Sejujurnya bagi saya perkara yang berlaku terlalu peribadi, masalah keluarga. Cuma apa yang bezanya, saya seorang ‘public figure’.

“Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ada masalah masing-masing. Mungkin bukan masalah keluarga tetapi mungkin ia melibatkan soal kewangan, peniagaan, perhubungan dan sebagainya. Tapi inilah masalah saya.

“Jadi saya tidak mahu buka ai.b sesiapa. Saya mahu menjaga mengenai hal tersebut. Yang penting kami bahagia.

“Apa yang boleh saya harapkan ialah mendoakan yang baik-baik. Jangan fikir negatif atau pun buat spekulasi sendiri. Kita semua ada masalah, cuma situasinya sahaja yang berbeza,” katanya kepada MH.

Reaksi Suami

Suami Hannah, Imam Shah,32, reda dengan apa yang berlaku dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain.

“Apa yang berlaku melibatkan kami bersama. Jadi suka atau tidak, kita sama-sama terima. Susah senang bersama, nak buat macam mana,” katanya.

Sementara itu, Hannah turut menjelaskan tiada banyak beza perubahan yang dialami selepas bergelar isteri, selain dia dan Imam saling melengkapi.

“Saya bersama suami sebelum masuk industri seni di Malaysia lagi. Kita pun sudah lama juga mengenali antara satu sama lain.

“Bila sudah sah bergelar suami isteri, antara bezanya ialah kami ada di antara satu sama lain setiap masa,” katanya.

Bercakap mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan tersebut tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat selepas ini.

“Kami percaya kepada rezeki, tidak mahu merancang. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada target yang tertentu. Kami pun sukakan kanak-kanak, terutamanya Imam,” kata Hannah.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengejutkan ramai apabila keduanya mendedahkan mengenai perkahwinan mereka pada menerusi laman media sosial masing-masing pada 18 Februari lalu.

Mac lalu, Hannah tampil membuat permohonan maaf selepas pelbagai kontroversi menghimpit dirinya sejak melangsungkan perkahwinan secara senyap dengan Imam, termasuk perkahwinan yang didakwa tidak direstui ibunya, Noor Ashikin Ahmad.

Hannah menerusi satu kenyataan meminta semua pihak memberikan ruang peribadi buatnya berhubung kontroversi berkenaan.

Dalam masa sama, timbul pula cerita apabila mereka katakan sudah berkahwin sejak setahun lalu.

Ia susulan perkongsian foto daripada rakan artis yang juga pengacara, Eleena Sui melalui Instagram pada tahun lalu bertarikh 19 Februari, kelihatan hampir sama dengan gambar yang dikongsikan ibu mentua Hannah menerusi media sosial sebelum ini.

Biodata Penyanyi Noor Ashikin Ahmad (Kakcik Wujud), Ibu Hannah Delisha

Siapa Noor Ashikin Ahmad? Beliau merupakan bekas penyanyi yang juga ibu kepada pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha.

Noor Ashikin yang merupakan ibu mertua kepada aktor Imam Shah turut dikenali nama gelaran ‘Kakcik Wujud’.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Pemilik nama Noor Ashikin Ahmad.

Berasal dari negara Singapura.

Pernah menceburi bidang seni muzik di Singapura sebagai seorang penyanyi pada era 1980-an.

Antara lagu-lagu yang pernah mempopularkan namanya termasuk Sinar Di Matamu, Kerana Mulut dan Tiada Lagi Ucapan Sayang.

Bekas artis syarikat rakaman Scorpio.

Popularitinya sebagai penyanyi adalah seangkatan dengan era kegemilangan penyanyi lagenda Fauziah Latiff, Ella, Datuk Awie dan Wann.

Anaknya, Hannah Delisha atau nama penuh beliau, Hannah Adlina Blackburne Birch merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang mencipta nama di Singapura dan Malaysia.

Pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England yang juga adalah bapa kepada Hannah Delisha.

Akaun Instagramnya atas nama @kakcikwujudku sehingga kini mengumpul lebih 12,000 pengikut.

Fakta Menarik

Juga mesra disapa dengan nama panggilan ‘Kakcik Wujud’ kerana menjadi ahli kru Wujud yang terkenal menerusi penerbitan video berbentuk realiti seram di Singapura.

Hannah Delisha ketika zaman kecilnya sering menemani Noor Ashikin dalam menjayakan pelbagai persembahan nyanyian.

Kebolehan Hannah Delisha mendendangkan lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa iaitu antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina, merupakan hasil tunjuk ajar oleh Noor Ashikin sendiri.

Seorang lagi anaknya bernama Mia Delisha juga adalah penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama Hannah Delisha, dengan merakamkan lagu berjudul ‘Retak’.

Kini bergelar ibu mertua kepada aktor dan model Singapura, Imam Shah atau Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib yang menikahi Hannah Delisha pada 18 Februari 2021.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

sumber mediia hiburan,iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.