Takziah, Syatilla Melvin Umum Kehilangan Orang Tersayang Semalam

Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan neneknya, Che Puteh Zakaria telah dipanggil il4hi semalam.

Menurut Syatilla neneknya pergi dengan indah sekali apabila sempat mengucap kalimah shahadah.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria atas dunia ni.

“Berakhir dengan kalimah LAILAHAILALLAH di mulut, indahnya kem4tian Tok ya Allah,” katanya.

Syatilla berkongsi berita dvka itu di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan Syailla dan adik beradiknya sempat pulang ke kampung untuk menatap wajah neneknya kali terakhir.

“Mohon sedekahkah alfatihah untuk Tok saya? Dari kecik sampai besar memang hidup dengan Tok saja “Kami dalam perjalanan balik peluk cium Tok ni,” beritahunya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Syatill yang berasal dari Parit Buntar Perak merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Tiga daripada adik beradiknya semua berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu Datin Seri Syafiqa, Syifa dan Syida.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.