Dakw4an Izreen dan Intan dipaksa, penerbit tampil cerita perkara sebenar

Kuala Lumpur: “Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paks4an langsung,” kata Penerbit Melodi, Noradillah Abdullah atau Adeed.

Adeed dihubungi menjelaskan pihaknya sebagai media bertanggungjawab sudah melakukan urusan secara beretika yang betul dan sedikit pun tidak memaksa mana-mana pihak untuk bersetuju. Katanya, jika tak mahu atau belum bersedia boleh sahaja menolak terus.

“Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).

“Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar Adeed, Melodi juga bukanlah pihak yang cuba nak mempermainkan sesiapa. Katanya, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai.

“Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.

“Di pihak kami (Melodi), memang takkan p4ksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa,” ujarnya.

Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan. Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, kami akur dan menerima sahaja keputusan itu.

Terdahulu, di media sosial heboh diperkatakan oleh warganet mengenai sesi pertemuan Izreen dan Intan dalam program Melodi Raya kerana kedua-duanya saling bermaaf-maafan.

Malah, Adeed turut menepis dakwaan seorang warganet yang mempersoalkan tindakan pihak Melodi dengan menyifatkan cuba membvli Intan apabila mempertemukannya dengan Izreen pada program itu.

“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun, kami sudah fikir,” katanya.

Menurut Adeed, kebanyakan warganet lebih memilih membuat andaian terlalu awal sebelum menonton program itu. Katanya, Intan sendiri ketika ditanya oleh pengacara Melodi, apa yang membuatkannya terbuka hati untuk bertemu menjawab, dia bersikap profesional.

Sehubungan itu, program Melodi Raya yang mempertemukan Intan dan Izreen itu disiarkan di TV3, hari ini. Ia dihoskan gandingan pengacara Awal Ashari dan Janna Nick.

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercer4i talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.

Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf.

Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

Dihentam Netizen

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum mencer4ikan Intan pada Mac 2018.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.