[VIDEO] “Kesian” Sudah Pakai Cantik-cantik, Namun Terpaksa Redah Lumpur Sebab Kereta Tersangkut

Kuala Lumpur: Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kvbur semasa sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.

Beliau berkata, bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah, hanya 20 orang dibenarkan dan had bilangan jemaah sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

“Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021.

“Tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

“SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam PKP ini akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus menggunakan sistem HIDE untuk memantau premis dan kawasan hotspot Co0v1d-19 serta mengambil tindakan susulan seperti diputuskan.

“Saya berharap semua rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan C0vi1d-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

“Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangki1tan Covi1d-19 dalam gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini.

“Saya ingin mengingatkan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih gana4s dan kriti1kal. Kita masih belum menang.

“Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Hanya diri kita yang boleh jaga ny4wa kita sendiri selain ketentuan Ilahi,” katanya.

Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah jika tiada perkara penting perlu diurus dan wab4k itu menjadi lemah dan tewas jika kita mengamalkan disiplin kendiri tinggi.

Beliau berkata, disiplin kendiri bukanlah sukar untuk dilaksanakan dan elakkan tempat yang sesak, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam.

Menurutnya, selain itu sentiasa bersihkan tangan pada setiap masa di samping mengamalkan kebersihan kendiri yang baik.

“Insya-Allah, dengan pertolongan Allah SWT, kita akan berjaya menewaskan v1irus Covi1d-19,” katanya.

Namun ada banyak gambar dan video yang tular tentang sambutan Hari Raya yang tidak mematuhi SOP. Seperti mana video yang tular ini apabila sekumpulan kawan sedang membantu tolak kereta yang tersangkut dalam lumpur. Namun rakaman video ini tidak dapat dipastikan dimana atau waktu kejadian berlaku. Boleh jadi sebelum Hari Raya atau semasa kerana tukang tular tidak menyatakan apa-apa maklumat lengkap.

VIDEO

 

Namun orang ramai dapati video ini muncuit hati apabila semua sudah memakai pakaian cantik namun terpaksa berada dlam lumpur untuk tolak kereta yang tersangkut tersebut. Apa-apa pun selamat menyambut hari raya dan jaga SOP sentiasa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber :https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/704669/ziarah-rumah-ke-rumah-kubur-tidak-dibenarkan-ketika-aidilfitri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.