Resort Bapak Dia Punya La Muat Naik Gambar Bercuti Di Pulau. Anak Vincent Tan Dapat Perhatian Netizen

Di kala negara kini sedang dilanda pandemik dan kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang mana kita tidak dibenarkan merentas negeri, tindakan anak seorang jutawan baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Menurut Gempak, anak jutawan terkenal yang juga isteri kepada usahawan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan, telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bercuti di Pulau Redang bersama anaknya, Arianna Kyla Tan.

Menerusi Instagram, Chryseis juga dilihat memuat naik beberapa foto yang mengatakan dia kini bersama anaknya berada di Taaras Beach & Spa Resort.

“MCO untuk orang miskin je… orang kaya xde MCO” 

Rata-rata netizen yang melihat posting anak kepada jutawan Vincent Tan ini agak tidak berpvas hati kerana negara kini masih berada di dalam perlaksanaan PKP total l0ckdown di mana sektor pelancongan juga tidak dibenarkan beroperasi.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Chryseis dengan mengatakan gambar tersebut merupakan throwback semata-mata dan resort yang dilawatinya juga adalah milik bapanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

sumber : Lobak Merah