Dah macam m0del, video pak guard ‘catwalk’ turun tangga raih lebih setengah juta t0ntonan

“JANGAN takvt untuk mencuba.”

Demikian kata pengawal keselamatan berusia 20 tahun, Nur Haadi Abdul Rani yang kini memiliki hampir 40,000 pengikut di TikTok.

Mesra disapa Hadi, dia yang berasal dari Terengganu bersyukur apabila video-video yang dikongsi olehnya sedikit-sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap kerjaya itu.

“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang r3meh kerja ni. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.

“Mungkin ada juga yang m4lu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu m4lu nak kerja sebagai pengawal kesel4matan.

“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya.

“Bukan sahaja lelaki, perempuan pun ramai tanya saya untuk sertai kerjaya ini,” ujarnya kepada mStar.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, dia juga bersyukur apabila mendapat sokongan orang sekeliling untuk meneruskan kerjaya itu.

Namun katanya, dia juga pernah mendapat tentangan ibunya sewaktu mahu memulakan kerja.

“Mula-mula mak macam tak bagi sokongan. Sebab r1siko tinggi. Mak risau. Tapi bila lepas sebulan, Alhamdulillah mak terus bagi sokongan sampai sekarang.

“Kawan-kawan pun bagi sokongan. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haadi juga gembira apabila menerima reaksi p0sitif netizen di TikTok.

Kata Haadi, dia pada awalnya pernah menerima komen negatif namun langsung tidak ambil hati dengan apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, semua komen positif. Masa awal dulu ada yang mesej, dia kata… security je pun.

“Tapi saya tak ambil hati. Alhamdulillah, gaji security pun OK. Boleh tampung kehidupan saya dengan mencukupi.

“Biasalah media sosial, mesti ada yang neg4tif. Tapi saya tak kisah,” ujarnya.

Selain itu, Haadi turut bersyukur apabila ada kedai-kedai makan dan pemilik produk yang menghubunginya untuk membuat reviu.

Kata Haadi, dia masih belum bersedia untuk menerima tawaran itu, namun bersyukur dengan tawaran diterima yang mana ia dianggap sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Saya dapat banyak mesej. Yang nak berkenalan pun ramai. Tak ternilai. Yang minta buat reviu pun ada.

“Contohnya kedai makan. Tapi saya tak yakin lagi untuk bercakap depan kamera. Masih seg4n.

“Saya rasa terharu, InsyaAllah nanti dah bersedia mungkin saya akan terima,” ujarnya yang pernah bekerja sebagai pembuat keropok lekor selepas menamatkan persekolahan.

Untuk rekod, salah satu video Haadi di TikTok, memaparkan dirinya sedang berjalan turun tangga dalam seragam pengawal kesel4matan meraih lebih 600,000 tontonan.

Selain memuji penampilannya yang seg4k, ramai turut memberi kata-kata semangat, tak kurang juga yang mend0akan kejayaan anak muda itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mStar, Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.